BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA
5 – 7 JUN 2912
Kali ini saya bawa mak & ayah yang saya sayangi untuk
melancong ke luar Negara supaya mereka dapat merasa suasana menaiki kapal
terbang ini. Saya telah merancang untuk membawa mereka ke Padang, Bukit Tinggi
di Indonesia yang mana saya sendiri pernah pergi ke sana untuk urusan kertas
kerja semasa saya belajar di university.
Tidak lupa jugak pada anak kesayangan ku, turut ikut sekali
tau...hahhh kecik kecik lagi sudah melancong dan Zakwan suka sangat bila dah naik
kapal terbang tetapi dah atas awan, tido plak dia sampai la ke airport.
Day 1
Seperti biasa kami menaiki AeroBus ke LCCT dengan tambang
RM8 sahaja sehala. Penerbangan kami sepatutnya pada jam 3 petang tetapi
dijadualkan semula pada jam 12 tengahari. Kami terpaksa berada di LCCT 2 jam
lebih awal.
Mak & ayah saya sangat excited sebab pertama kali mereka
nak naik kapal terbang, tambahan plak ke luar Negara. Seronok rasa bila tengok
mereka happy sangat-sangat.
Kami sampai di Minangkabau Airport, Padang lebih kurang pada
jam 1 petang dan setibanya di sana, kami di sambut oleh guide hotel kami
menginap. Kami menginap di budjet hotel jek, untuk jimat dan untuk tidak
membazir sebab kami melancong ni bukan untuk stay kat hotel kn, so tak nk la
membazir duit stay kat hotel mahal-mahal. Asalkan ianya selesa dan mempunyai
kemudahan asas yang diperlukan.
Kami menginap di Orchid Hotel, Bukit Tinggi dan Standard
Room ada twin bed dengan harga 225,000rp semalam. Tetapi kami tambah dengan
additional bed iaitu 75,000rp semalam. Kira budget untuk penginapan 3 hari 2
malam untuk 3 orang dewasa tidak lebih daripada RM150. Kami minta mereka
uruskan sekali airport transfer pergi dan balik, senang sikit & tak payah
lah nak penat-penat cari lagi. Airport transfer dalam RM100 sehala. Saya pilih
hotel ini atas dasar saranan daripada penulis blog-blog dan berhubung dengan
Roni yang sangat informative.
Dalam perjalanan nak ke hotel, kami di bawa singgah ke Rumah
Makan Lamun Ombak untuk menikmati makan tengahari hidangan lauk-pauk Padang. Sekali
di hidang, fuhhhh banyak nya pilihan lauk. Kita boleh makan sebanyak mana
dengan pilihan lauk yang kita nak makan jek, so caj akan dikenakan atas lauk
yang kita makan jek. Kami berempat termasuk pemandu guide itu makan hanya dalam
lebih kurang RM21 sahaja, murah kan dan berbaloi dengan kepelbagaian lauk yang
dihidang untuk pilihan kami.
Setelah kenyang perut, kami di bawa pula singgah ke sebuah
kedai kain (lupa la nama kedai ni) yang menjual jubah, kain pelbagai sulaman, tudung,
selendang, telekung, capal dan macam-macam lagi barangan muslim. Saya dan emak
saya apa lagi, time untuk bershopping la jawabnya. Manakala ayah saya tolong
jaga Zakwan dan sambil tu tolong tawarkan harga barang yang kami beli, hehehe
hebat tak?? Yang perempuan shopping & yang lelaki tukang tawar heeee =)
Saya belikan travelling telekung buat kawan-kawan ofis saya
yang perempuan sahaja la, travelling telekung yang mempunyai pelbagai warna,
kecil molek dan telekungnya pun cantik sangat. Mak saya
pun turut beli juga untuk mak saudara saya yang lain. Tu pun bila dah total up
kan pun ayah saya minta lg discount hahaha, kesian diorang. Makesure kene pandai tawar harga yek, tawarlah separuh daripada harga asal tu.
Selain daripada itu, saya turut membeli sehelai telekug
sulaman dengan hanya 135,000rp & satu lagi untuk orang yang jaga Zakwan
sebab awal-awal dia dah kirim dengan mak saya. Tetapi di nasihatkan supaya
sentiasa berhati-hati bila deal dengan harga sebab mereka sangat pandai bermain
dengan harga & kadang sampai kita sendiri pun pening kepala, tambah dengan
nilai duit mereka yang banyak sangat kosong haha.. Kepada semua yang suka
shopping juga kene pandai cari tempat sebab lain tempat lain harga nya &
sangat jauh beza harganya. Saya sarankan untuk beli travelling telekung sahaja
di sini & bagi lelaki plak, kain pelekat boleh la dibeli di sini tapi kene
la pandai tawar menawar.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dan melalui Air Terjun Lembah Anai yang pernah saya kunjungi pada tahun 2008. Tapi kami tidak singgah memandangkan
waktu yang sudah semakin lewat sebab di Indonesia waktunya memang lewat sejam
daripada waktu Malaysia, tapi dalam pukul 6 waktu Indonesia dah mula gelap.
Setibanya kami di Orchid hotel, cuaca semakin dingin &
hari semakin gelap. Kami menyegarkan badan & kemudian keluar untuk membeli
makanan malam di gerai yang berdekatan. Hujan renyai ketika itu dan Zakwan
hanya berseluar pendek, sungguh cekal & semua orang tempatan turut
menyuarakan supaya Zakwan memakai seluar panjang kerana cuaca terlalu dingin.
Kami hanya membeli nasi putih, sup daging & sate padang, boleh tahan murah
tetapi kene ikut tekak juga boleh masuk ke tak hehe..
Day 2
Waktu subuh ialah jam 4.30 pagi dan dalam jam 6 hari sudah
mulai cerah kembali, tambah juga dengan cuaca yang cukup dingin. Hotel
penginapan tidak langsung menyediakan kipas atau pun aircond memandangkan cuaca
di sini sememangnya sejuk tetapi tidak pula bagi ayah saya, pelik sikit.
Kami keluar seawalnya kerana hari ini sahaja yang kami ada
untuk berjalan-jalan disekitar Bukit Tinggi ini. Hotel ini adalah bajet hotel
dan sarapan yang disediakan hanya lah sekeping roti disapu jem strawberi &
secawan kopi atau teh, tapi memadai juga la dijadikan sarapan.
Tempat pertama yang kami tuju ialah Menara Jam Gadang di
mana merupakan tempat utama yang akan dituju oleh semua pelancong &
kira-kira 5 minit sahaja jalan kaki dari Orchid Hotel.
Kami singgah di Pusat Informasi Pelancongan bagi mendapatkan
serba sedikit maklumat mengenai tempat-tempat pelanconga sekitar Bukit Tinggi
ini. Yang peliknya, pegawai di pusat tersebut bukan memberikan informasi tetapi
cuba untuk mempromosikan perkhidmatan yang beliau sediakan sebagai pemandu
pelancong yang juga bagi saya sangat mahal, sehari dikenakan hampir RM300++.
Kami pun nekad untuk mencari sendiri sahaja. Sepanjang di kawasan Menara Jam
Gadang, banyak mata yang memerhatikan kami & rupa-rupanya Zakwan menjadi
perhatian di sini, sampai ada yang datang hanya semata-mata untuk melihat
Zakwan & ada juga yang ingin dukung Zakwan. Alamak, anak ku....kecik-kecik
dah da peminat bukan main lagi =)
Kami bertanyakan dengan penduduk tempatan hala tuju ke Lubang
Jepang dan hanya perlu berjalan kaki lebih kurang dalam 15 minit mengikuti
susur jalan perumahan & sekolah. Laluan masuk ke Lubang Jepang ini terletak di
dalam Taman Panorama & untuk memasuki taman ini perlu membayar 3,000rp
seorang. Bila nak masuk ke dalam Lubang Jepang itu pula kene bayar 5,000rp
seorang. Apabila ingin masuk ke Lubang Jepang, anda akan memerlukan seorang guide
yang akan mengikuti anda daripada pintu masuk ke Taman Panorama itu lagi. Mereka ini
merupakan penduduk tempatan yang membuat duit sebagai pemandu pelancong. Mereka
tidak akan memaklumkan mengenai sebarang bayaran tetapi bayaran akan diminta
ketika kita keluar daripada Lubang Jepang itu nanti. Lubang Jepang ini merupakan gua
yang digunapakai oleh tentera Jepun zaman dahulu. Gua ini sangat luas untuk
diterokai dan mempunyai banyak bilik & lorong yang mungkin memang
memerlukan guide supaya tidak sesat. Tetapi sekiranya disediakan peta buat para
pengunjung, saya rasa tak mungkin akan sesat.
Kami hanya bersiar-siar di sekitar taman tersebut dan tidak
memasuki Lubang Jepang kerana Zakwan masih kecil untuk dibawa masuk. Mengikut
pengalaman saya, anda tidak akan boleh bertahan lama di dalam gua tersebut kerana kekurangan oksigen untuk bernafas & mudah untuk sesak nafas
di dalam.
Di dalam Taman Panoraman ini terdapat peniaga-peiaga kecil yang
berniaga dan di sini juga lah mak saya mendapati Telekung bersulam dijual
dengan harga yang sangat murah 4 helai telekung bersulan dengan harga hanya
RM100 sahaja. Apa lagi, ini lah masa buat mak saya untuk shopping lagi hehe..
Saya pun turut lah join sekali. Beli replika Jam Gadang untuk hiasan di rumah
dengan harga ayah saya tawar sampai 30,000rp jek satu, sehelai baju tido buat
Zakwan dapat dalam 35,000rp. Di sini juga terdapat jualan lukisan-lukisan yang
asli dan cantik untuk dijadikan hiasan dinding.
Di penghujug gerai-gerai tersebut, terdapat satu menara
kecil yang disediakan untuk para pengunjung bagi menikmati pemandangan tinggi
Gunung disekitar kawasan tersebut. Terdapat gunung berapi yang masih aktif dan
pernah meletus kira-kira pada tahun 2008 dan juga gunung Singgalang yang
merupakan tempat sumber air mineral bagi penduduk tempatan.
Disekitar dalam Taman Panorama, siap dengan tempat untuk berehat. Tandas ada tapi disarankan untuk kegunaan emergency sahaja hehehe...
Perut sudah berkeroncong, kami kembali semula ke Menara Jam
Gadang bagi menikmati makan tengahari. Kami singgah di sebuah restoran yang
menarik dengan memesan Mee Goreng, Bihun Goreng & Nasi Goreng. Semestinya
Mee Goreng adalah seperti Maggi Goreng di Malaysia kerana mereka tidak
mempunyai mee kuning. Bihun nya pula lebih kurang seperti suphoon untuk membuat
sup di Malaysia & nasib baik nasi nya seperti biasa. Tetapi rencah yang
digunapakai untuk goring keyiga-tiga jenis ni sama sahaja kerana rasanya sama,
yang beza hanya lah bentuk mee & nasi yang kami order. Perut dah lapar so
kami makan aje lah. Kemudian ternampak ada orang order ais goring, rupanya ada
aiskrim goring. Kami turut mencuba perisa coklat & durian, sangat sedap
& patut cuba. Aiskrim gorengnya tidak seperti di Malaysia yang berminyak
dan disaluti telur. Tetapi di sini seperti roti yang digoreng, tidak berminyak
dan tidak menggunakan telur langsung. Sedap...mesti cuba hanya 16,000rp sahaja.
Kami dimaklumkan bahawa keesokkan harinya akan berlangsung
satu majlis Asia Cycling (macam le tour de Langkawi) yang melibatkan Negara
Asia & persiapan sedang dibuat dalam kawasan Menara Jam Gadang ini. Kami
berjalan pula ke Pasar Atas di mana pasar jualan untuk orang tempatan yang
lebih kepada menjual barang-barang rumah, perkakas, pakaian dan sebagainya.
Saya sempat membelikan Zakwan sepasang kasut hanya 20,000rp je kira dalam RM7.
Bagi sesiapa yang merancang untuk berkawin & mencari
kain untuk membuat baju pengantin. Di pasar ini, ada seorang makcik yang
menjual kain baju pengantin dengan harga yang murah. Kain lining luar baju
pengantin pelbagai corak & design, mak saya boleh tawar sehingga 200,000rp
utk 3 meter (RM60) yang di Malaysia mungkin mencecah sampai RM200-300 untuk 3
meter.
Kami jalan terus sehingga penghujung pasar & tidak tahu
langsung laluan tersebut tembus ke mana. Kami terjumpa orang menjual durian
& ingin mencuba tetapi tidak berkesempatan memandangkan waktu amat singkat.
Saya dan mak mencari money changer untuk menukar duit dan kemudian kami menaiki
Kereta Kuda untuk pusing ke Menara Jam Gadang semula. Kereta kuda hanya
30,000rp sajaha untuk sebuah & bukan seorang, murah la juga.
Setiba kami di dataran tersebut, dataran itu sudah dipenuhi
dengan pengunjung & penjual. Terdapat rehersal untuk majlis esok nya &
para penjual bagi pasar malam pun sudah mula membuka gerai. Saya dan mak
memutus untuk membeli baju t-shirt bagi saudara-mara & anak2nya yang
dirumah. Ayah saya pula mencari kain pelekat & entah kenapa kami tidak
jumpa langsung kain pelekat yang murah, semuanya lebih mahal daripada di
Malaysia. Kemudian ayah berborak dengan orang tempatan & dikatakan setiap
tempat jualan mempnuyai kelebihan masing2. Beliau turut memberitahu tempat di
mana terdapat kain pelekat yang murah tetapi kami tidak sempat untuk berpatah
balik kerana tempat yang dinyatakan itu adalah di sebelah pintu masuk taman
& Lubang Jepang di sana.
Kami sambung berjalan sepanjang pasar malam itu pula, ayah
saya berminat untuk membeli sebuah tali pinggang kulit & tiba-tiba saya
turut berkenan dengan beg dompet kulit yang panjang. Kami tawar punya tawar
dapat lah tali pinggang kulit dalam RM20 & beg dompet tu dalam RM35 sahaja.
Ayah saya kata tak dapat harga barang kulit mcm tu di Malaysia, walaupun di
uptown. Kemudian, saya ternampak sehelai baju kemeja buat cik abang saya di
rumah dengan harga RM60 jek, cantik design nya & sesuai untuk di pakai ke
majlis2 ballroom. Apalagi, ini je la buah untuk si dia yang sempat saya beli.
Hari sudah lewat malam & kami bercadang untuk balik ke
hotel. Tapi singgah dulu makan di Restoran Gon Raya untuk makan malam &
kemudian terus pulang ke hotel kemas-kemas barang, siap sedia untuk pulang esok
awal pagi.
Day 3
Seawal jam 4pagi kami terpaksa bertolak pulang ke
Minangkabau International Airport untuk pulang ke Malaysia. Mak & ayah saya
dengan penuh harapan untuk meluangkan lebih banyak lagi masa di sana tetapi
apakan daya kerana tiket penerbangan yang telah ditempah lebih awal & tidak
akan boleh untuk ditukar tarikh memandangkan melibatkan kos tambahan yang
banyak.
Kami memakan masa hampir 2 jam untuk sampai di Airport &
kami tiba di airport lebih kurang jam 7.30 pagi tetapi pintu masih belum dibuka
untuk operasi.
Saya terkenangkan perihal semalam di mana sewaktu kami
bertungkus lumus untuk mengemas beg kami supaya tidak melebihi 20kg muatan.
Kami hanya mampu berserah sekiranya akan dikenakan caj tambahan jika melebihi
muatan memandangkan barang yang kami bawa pulang terlalu banyak. Akhirnya Alhamdulillah
muatan kami hanya sekadar 15.5kg sahaja satu beg yang dipenuhi dengan muatan
kami bertiga. Sungguh tidak sangka.
Selepas check in, saya sememangnya terlupa tentang tax yang
perlu dibayar setiap seorang sebelum ke kaunter imigresyen. Saya mulai gelabah
kerana tiada lagi wang nilai Indonesia pada kami & sudah semestinya tidak
cukup. Nasib baik kami dibenarkan untuk membayar dalam RM & nasib baik pula
saya kebetulan memang ada membawa duit RM lebih. Seorang akan dikenakan
sebanyak 100,000rp sekiranya mahu keluar daripada Indonesia & disarankan
supaya sediakan caj tax ini dalam rupiah, memandangkan nilai yang tinggi akan
dikenakan sekiranya kita membayar dalam mata wang RM.
Alhamdulillah, kami tiba di LCCT pada jalam 8.45 pagi dengan
selamat =)
Visit My Blog:
ReplyDeleteCuti2 Indonesia
http://freelancetour.blogspot.com/
salam,blh x sy dptkn contact no.roni.sy bcadang nk kesana nxt mth.thx
ReplyDeleteHi Echah, sorry lambat reply ur request. Ok, you try email to Pak Roni Putra (roni_orchid@hotmail.com) atau bleh jugak kol dia di +628126750688. Hrp ianya membantu =)
DeletePENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum...
ReplyDeletemohon maaf pada tuan/puan untuk boleh iklan dikit di sini. Semoga kebaikan hati puan dan puan untuk memberi izin iklan ini,menjadi amal ibadah allah swt hendak nya amin....
Salam dari saya AlKY Padang-Bukittinggi.
Kalau tuan dan puan nak melawat bukittinggi dan padang jangan risau hati sila hubunggi di no. +6285364057063. Kami juga menyediakan segala jenis transportasi...
kami arrange secara profesional dan rasa dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali. seperti ke Padang-Bukittinggi.
CONTACT PERSON: ALKY
MOBILE/WHATSAPP: +6285364057063
EMAIL: alkychaniago@gmail.com/ alkychan@ymail.com
Assalamualaikum...
ReplyDeletemohon maaf pada tuan/puan untuk boleh iklan dikit di sini. Semoga kebaikan hati puan dan puan untuk memberi izin iklan ini,menjadi amal ibadah allah swt hendak nya amin....
Salam dari saya AlKY Padang-Bukittinggi.
Kalau tuan dan puan nak melawat bukittinggi dan padang jangan risau hati sila hubunggi di no. +6285364057063. Kami juga menyediakan segala jenis transportasi...
kami arrange secara profesional dan rasa dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali. seperti ke Padang-Bukittinggi.
CONTACT PERSON: ALKY
MOBILE/WHATSAPP: +6285364057063
EMAIL: alkychaniago@gmail.com/ alkychan@ymail.com