My Pages

Saturday, 4 January 2014

TEMPAT TERSEMBUNYI DI MEDAN - TANGKAHAN

Bahasa | English

TANGKAHAN, MEDAN
INDONESIA
9 - 12 Dis 2013


Hari 1: Tiba di Mega Inn, Tangkahan


Kami menaiki AirAsia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan. Sebelum ini adalah Lapangan Terbang Polonia yang terletak di tengah-tengah Bandar Medan. Tetapi pada tahun ini, 2013, ia telah dipindahkan ke kawasan yang jauh dari bandar.

Kami dijemput oleh seorang pemandu yang telah diatur oleh pemilik tempat penginapan kami. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dari lapangan terbang baru ke Bandar Medan.
Lapangan terbang baru ini lebih update dari KLIA, agak besar & semuanya masih baru.

Kami sampai di Medan pada pukul 6 petang (waktu Indonesia). Kemudian, kami diberitahu bahawa perjalanan dari lapangan terbang ke Tangkahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4-5 jam. Apa yang kami terkejut adalah di mana keadaan jalan di sini sangat teruk.

Pada mulanya, kami merancang untuk menginap 1 malam di Medan. Oleh kerana faktor bajet, kami mengambil keputusan untuk terus ke Tangkahan pada hari itu.

Kami tiba di Tangkahan sekitar jam 12 tengah malam & mendaftar masuk di Mega Inn Tangkahan.




Kami telah disambut oleh semua kakitangan mereka serta beberapa orang tempatan di sana. Hari sangat gelap & kita perlu menyeberangi jambatan gantung untuk ke tempat penginapan kami. Kami bernasib baik kerana semua orang di sini sangat membantu dan tolong mengangkat bagasi-bagasi kami merentasi jambatan gantung itu. Hanya pada hari berikutnya kami mempunyai peluang untuk mengambil gambar-gambar ini.

  Ini ialah 2 sungai yang menjadi 1 & sungai ini menghala ke Medan ... sungai ini datang dari Timur Aceh (jika saya tidak silap) hehehe ... air sungai ini hijau sekiranya tiada hujan tetapi bertukar kepada kuning apabila hari hujan.


Inilah jambatan gantung perhubungan Mega Inn sepanjang 100m dan setinggi 20 kaki daripada permukaan air sungai pada masa itu. Semakin ramai orang atas jambatan ini, semakin bergoyang lah jambatan ini.






Laluan ke Mega Inn, Tangkahan di pagi yang nyaman dan laman yang cantik...



Ini adalah laluan masuk ke Mega Inn selepas jambatan gantung. Terdapat juga beberapa buah rumah orang tempatan yang menginap di kawasan ini. Turut ada kedai kecil yang menjual barang-barang keperluan harian.




Kedai cenderahatai, tak banyak barang tetapi mereka ada inisiatif untuk menjual..




Hari 2: Hujan di Mega Inn Tangkahan

Hari ini hujan & nasib baik kami tidak merancang apa-apa aktiviti hari ini. Kami mengambil keputusan untuk berehat oleh kerana perjalanan yang jauh semalam.

Kami makan tengah hari kami di Restoran Megan Inn. Sangat sedap makanan di sini tetapi pedas, maka perlu memberitahu pelayan mereka supaya jangan pedas sewaktu membuat pesanan.
(Lupa untuk membawa kamera pada masa ini)

Pada waktu petang, kami jalan-jalan sekitar kawasan penginapan kami & bermain air di tepi sungai.

Menuruni tangga ke tepi sungai ... sangat teruja ...



Penghujung 2 sungai menjadi 1.....







Kemudian, kami makan malam dalam pukul 8..ini lah dia set makan keluarga yang kami pilih hehehe... Layanan terbaik kan??? Perhiasan makanan tersebut pun sangat menarik dan seperti taraf 5 bintang.



Hanya 35,000rp seorang.
Nasi, Gulai Daun Ubi Tumbuk, Ayam Goreng, Sambal Tempe Potato, Keropok & buah-buahan. 



Hari 3: Aktivit Lasak

Naik gajah, beri makan gajah & mandi gajah

Abang Mega telah menempah aktiviti gajah ini untuk kami termasuk 1 jam mandi gajah & 1 jam naik gajah masuk hutan. Hanya 650,000rp seorang & tiada tawar-menawar ianya di kawal oelh pusat jagaan gajah ini. Walaupun nampak mahal tetapi bagi kami, ia merupakan satu pengalaman yang sangat baik dalam hidup kita.

Seawal 8 pagi, kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 1km ke Unit Corresponse Pemuliharaan (CRU) Tangkalan. Tetapi, Abang Mega & pembantu nya Nataq, dengan baik hatinya meminjam motosikal daripada penduduk tempatan untuk menghantar kami ke tempat gajah itu.



Di sini lah kawasan CRU...jangan terlalu dekat dengan gajah ini walaupun di dalam pagar..





Berjalan bersama gajah menuju ke sungai...







Gajah-gajah in telah di ajar supaya membuang air besar dahulu sebelum mandi. Ini kerana dengan najis mereka, penjaga-penjaga mereka boleh tahu sama ada gajah tersebut sihat atau pun tidak.








Masa untuk mandi..





Kami sedang memberus gajah jantan yang bernama Teoh. Sememangnya seekor ini sahaj gajah jantan di sini. Katanya memang lumrah hanya seekor gajah jantan di dalam sesuatu kelompok supaya ia la yang akan jadi ketua, tidak boleh ada persaingan.




 Gajah menyimbah air kepada semua pelawat...haha...seronoknya..





Akhir sekali, bagi gajah makan pisang dan batang buluh..





Gambar beramai-ramai bersama gajah...





Gajah menunduk hormat sebagai tanda terima kasih...comel sangat..





Persiapan untuk membawa kami masuk hutan...









Bersedia untuk masuk hutan...









Beri makan kepada gajah semasa dalam perjalanan....











Seterusnya, kami meneruskan aktiviti kami dengan menaiki pelampung air, melawat tempat air terjun & air panas. Pakej ini termasuk dengan makan tengah hari, hanya 180,000rp seorang. Ia sangat murah dan menarik kerana berpeluang melawat tempat-tempat yang tersembunyi di sepanjang sungai besar ini.

Seorang penduduk tempatan bernama Nataq sebagai pembantu kami hari ini. Beliau seorang yang sangat baik, mesra, berpengetahuan & yang lebih menarik ialah beliau suka kanak-kanak. Jadi, saya boleh melihat anak saya sangat selesa bersama dia.

Pertama, kami ke air terjun berdekatan dengan hanya menyeberangi sungai ini ke sisi lain & 2 minit berjalan kaki melalui hutan.












Pelampung Air (Water Tubing)

Masa untuk main pelampung air....









Pertengahan jalan, kami singgah di sebuah tempat air terjun & jalan masuk ke hutan selama 3 minit sahaja.  





Dalam pada masa kami mandi-manda, makan tengahari kami telah siap tersedia dengan hiasan yang menarik.




Kemudian, kami meneruskan perjalanan pada hari terakhir ini. Kami berhenti di tepi sungai & berjalan kira-kira 1km ke dalam ladang kelapa sawit sehingga kereta sewa datang menjemput kami untuk ke tempat yang seterusnya.

Sejurus kami sampai di tempat penginapan kami, kami di bawa ke tempat yang terakhir iaitu tempat air panas berdekatan. Itulah masa kamera kami kehabisan bateri, jadi tak ada gambar kengang-kenagan.

Kami turut mencuba buah koko di sini ... sangat sedap ..



 Hari 4: Hari akhir - Bersedia untuk berangkat pulang

Waktu bersuka ria...=)



Gambar kumpulan dari kanan tuan milik Megan Inn (Abang Mega), pembantu (Nataq) serta semua pekerja-pekerja mereka.




Sekiranya anda ingin merasai sendiri pengalaman tempat-tempat tersembunyi di sini, boleh lah berhubung terus dengan Abang Mega di megainn_tangkahan@yahoo.com. Saya pasti beliau akan membantu.

Inilah gambar laluan keluar/masuk ke Tangkahan. Kami berharap sangat supaya pihak kerajaan Indonesia akan memperbaiki jalan ini dan menjadikan Tangkahan ini sebagai salah sebuah tempat pelancongan pada masa akan datang.






Di Kuala Namu International Airport, Medan & masa untuk pulang... =)



Semoga berjumpa lagi =)

No comments:

Post a Comment