~ Shopping Heaven ~
Tempat yang bukan lagi asing untuk warga tempatan dan juga para pelancong. Bila sampai sahaja di Johor Bahru, mana lagi tempat nak shopping kalau bukan di JPO.
Jom kita tinjau apa yang menarik di JPO....???? Lain orang, lain pandangan nya.
Daripada lebuhraya utara-selatan sememangnya dah boleh nampak JPO betul-betul di atas bukit bersebelahan dengan lebuhraya itu. Nampak je tepi jalan tapi kenalah masuk melalui jalan dalam. Senang je...hehehe...
Untuk ke JPO ini, daripada lebuhraya utara-selatan mesti lah kena susur keluar melalui Senai. Sejurus sahaja selepas plaza tol senai tu, akan ada signboard Johor Premium Outlets menyusur ke kiri & seterusnya, dalam 5 minit mesti dah sampai ke JPO.
Parking berbayar iaitu RM3 sekali masuk.
Di sini, terdapat troli shopping berbentuk kereta mainan untuk disewa bagi sesiapa yang mempumyai kanak2. Sekali sewa untuk sepanjang hari dengan harga seperti berikut. Ada warna kuning, hijau & merah, pilih je mana yang anak2 suka. So, anak-anak boleh berimaginasi dengan menaiki kereta yang mak ayah nya sorong itu..comel kan..hehehe...
Single seat RM30 + Deposit RM100
Double seat RM50 + Deposit RM200 (*harga tak berapa ingat, kalau salah jangan marah yek)
*Deposit akan dipulangkan semasa anda pulangkan semula troli ini tetapi sila pastikan anda bawa bersama resit asal yang diberikan sebelum itu...
JPO mula buka kedai dari jam sehingga lah ke 10 malam. Tempatnya memang besar, so di sarankan datang lah awal kerana anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 2jam untuk sekadar melihat-lihat. Sejam lagi nanti baru la shopping & attack kedai mana yang dipilih.
Kalau nak tahu, waktu yang paling best untuk shopping di JPO ini adalah time tengah sales. Contohnya untuj setiap perayaan di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina, Tahun Baru..hah waktu-waktu macam inilah diskaun berlipat ganda memang bulat mata di buatnya.
Kedai-kedai yang terdapat di dalam JPO ini, semuanya merupakan kedai-kedai yang berjenama macam Levis, Padini, Vinci, Adidas & macam-macam lagi. Kedai berjenama yang tak pernah dengar pun ada, tetapi barangnya memang branded.
Di JPO ini bukan sahaja ada kedai pakaian, kedai jam, kedai mainan, kedai kasut, kedai sport, kedai makan mestilah ada kan...hehhe..semua facility memang lengkap. Bagi muslim untuk bersolat pun ada disediakan surau, kerusi rehat di sepanjang laluan kedai-kedai, taman permainan, food court & dekorasi hiasan JPO ini juga sememangnya seperti di luar negara, sangat exclusive.
Ok, kami plak suka ke sini untuk shopping di satu kedai ini. Kalau sebut jenama ini, mesti ramai yang tertanya jenama mana plak ni..jom..check it out...
Hah..nampak tak betapa banyak nya kami shopping di Hangten ini ok...kat sini best nak shopping seluar jeans, kemeja & t-shirt.
bila tengah sales, saya jamin berlipat kali ganda diorang punya diskaun...kualiti kainnya pun memang best..
Ok lah...rasa nye itu sahaja yang kami nak share untuk kali ini...saya akan kongsikan lagi untuk tempat lawatan kami yang lain pula nanti..
Bye ;)
No comments:
Post a Comment