My Pages

Thursday 6 February 2014

SARAWAK CULTURE VILLAGE, KUCHING, SARAWAK

Bahasa | English

15-26 Jan 2014
Sarawak Culture Village
Kuching, Sarawak

Keterlanjuran saya berada di Sarawak atas urusan kerja. Jadi saya pun tak melepaskan peluang untuk melawat ke Sarawak Culture Village yang disebut-sebut oleh orang Sarawak di sini. Kemudian kami merancang untuk mengambil trip sesi tenghari sebab lawatan ini terdapat banyak sesi & ini bergantung kepada agen yang kita pilih. Tapi ingat, pastikan anda buat tempahan dahulu sebab kadang-kadang boleh penuh. Ini kerana agen menggunakan van pelancong untuk menghantar pelawat ke sana, jadi ramai-ramai memang la tak muat. 


Ok, sekiranya anda seorang pelajar atau mempunyai kad pelajar, sila lah bawa sekali untuk mendapatkan harga pelajar iaitu hanya RM15 seorang. Kalau tidak, harga biasa ialah RM60 seorang. Anda akan diberikan sebuah buku kecil yang dipanggil 'passport'. Di dalam 'passport' ini mengandungi informasi berkenaan dengan Sarak Culture Village ini dan anda perlu mengecop di dalam 'passport' tersebut di setiap tempat yang anda lawati di dalam Sarawak Culture Village ini. Tetapi ini tidak la wajib dan hanya untuk suka-suka sahaja..=)


Harga untuk kenderaan penghantaran daripada Bandar Sarawak ke Sarawak Culture Village pula ialah di antara RM20-RM22 bergantung kepada agen yang anda pilih. Perjalanan memakan masa selama 30-45 minit dan bergantung pula kepada kesesakan pada masa itu. 


Terdapat 7 titik tempat iaitu 7 jenis rumah tradisional etnik di Sarawak ini. Anda akan dapat melihat perbezaan rumah tradisional etnik-etnik ini serta sejarah mereka di sini. 

Kemudian, anda boleh menonton tarian tradisional mereka di dalam sebuah panggung kecil yang akan diadakan 2 kali sehari sahaja iaitu pagi sekali dan petang (4 petang). Di penghujung persembahan nanti, anda juga boleh menari bersama dengan penari-penari mereka di atas pentas. 


Di sini, saya kongsikan beberapa buah gambar kami semasa di Sarawak Culture Village ini. Semoga anda pun dapat mencoretkan kenangan anda di sini juga. =)





























Itu sahaja untuk kali ini...hehehe...=)

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete