PERTH, AUSTRALIA
9 – 13 MEI 2012
Day 1
Saya bersama-sama dengan kawan sepejabat (ila, maziah, biah,
sha, solah, zarina, kak ros, kak aida, kak azra, bobby, manju, wan, ira & kak
nurul) telah ditaja oleh syarikat kami ke Perth dengan penerbangan Air Asia X pada
9hb Mei malam. Untuk pertama kalinya nak jejak kan kaki ke tanah Australia, so quite excited juga la.
Yang bestnya, sebelum pergi lagi pelbagai pendapat yang
telah kami perolehi daripada orang-orang yang pernah melancong ke Asutralia dan
biasa la bagi orang yang pertama kali ke Australia sudah tentunya sedikit kelam
kabut untuk membuat persiapan. Seperti biasa, saya ke LCCT dengan menaiki AeroBus dari KL
Sentral dengan RM8 sahaja sehala.
Day 2
Kami tiba di Perth Airport pada awal pagi waktu Australia,
kira macam subuh lah kalau di Malaysia, matahari pun tak nampak lagi. Waktu di
Perth ketika itu sama sahaja dengan Malaysia dan yang beza adalah waktu siang
& malam. Kalau tak slap saya waktu solat isyak di Perth adalah jam 5.30
petang dan terasa juga seperti waktu malam adalah lebih panjang daripada waktu
siang. Untuk kali yang kedua saya tiba di Negara yang begitu dingin sekali
berbanding dengan Malaysia dan pertama kali dahulu di Narita Airport, Jepun
pada tahun 2008. Tetapi kali ini tidak la sesejuk semasa di Jepun atau mungkin
dah biasa dengan cuaca sejuk sebelum ini kot.
Anyway, kami dibawa oleh pemandu pelancong ‘Mat Salleh’ ke
tempat penginapan kami iaitu di Perth Ambassador Hotel. Kami tidak dapat untuk
check in ke hotel memandangkan kami sampai awal pagi dan kami diberikan
menikmati sarapan buffet, dikata kan halal tetapi tidak digalakkan makan
makanan yang berdaging oleh pegawai atasan kami.
Ini je lah yang saya mampu untuk makan sebagai sarapan pagi,
pembuka selera di Australia hehe =)
Nak tunggu waktu check in yang lama, salah seorang pegawai
kami memutuskan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan hotel untuk membantu kami
yang islam mencari restoran halal sekiranya diperlukan kelak di kawasan yang
berdekatan.
Sementara menunggu waktu untuk check in, kami pun
bersiar-siar ke kawasan berhampiran dengan hotel menginap dan akhirnya kami
berpecah kepada beberapa kumpulan kerana masing-masing dah pandai cari jalan
sendiri, almaklum lah semua sibuk nak bergambar.
Selepas hampir 5 jam menunggu baru lah kami dapat check in
dan selepas solat Zuhur, kami (ila, zarina, sha, kak ros, kak azra & kak
aida) merancang untuk keluar makan tengahari. Kami singgah di restoran halal yang
ditunjukkan kepada kami pagi tadi iaitu Restoran Kebab Halal. Apalagi, perut tengah
lapar yang amat, nyum nyum nyum sorang sebiji big burger hehe...kenyang perut
dan puas makan. Harga burger ini pun dalam lingkuangan 6-8 dollar sahaja.
Kemudian kami (sha, ila, zarina & kak ros) diberitahu
mengenai tasik yang sangat cantik oleh Sha yang telah bersiar-siar pagi tadi.
Apa lagi, kami pun terus ke sana dan tidak tersangka terbentang luas sebuah
padang yang telah dihias dengan rumput carpet. Sudah tentu kami seperti manusia
yang jakun tidak pernah jumpa padang seperti itu. Time ini lah habis setiap
sudut kami bergambar.
Kemudian kami bergambar pula di Swan River yang dikatakan
terdapat banyak Swan di situ. Tetapi bukan Swan yang kami jumpa, malah kami
plak ditemani oleh burung-burung putih entah apa lah nama burung ini kami pun
tak tahu, jinak sangat.
Setelah berjam-jam bersiar-siar dan ambil gambar, kami pun
pulang ke hotel semula kerana kami diminta supaya berkumpul semula pada jam
5.30 petang untuk ‘Welcome Show’. Setiba sahaja kami di hotel, terserempak
dengan kak azra & kak aida yang baru pulang daripada shopping souvenir di
kedai kawasan yang berdekatan. Oleh kerana terpedaya dengan kata-kata dan
barangan yang dibeli oleh mereka, kami pun apa lagi terus lah keluar semula
untuk ke kedai tersebut yang dikatakan akan tutup jam 6 petang.
Dengan masa yang hanya tinggal setengah jam sahaja lagi,
kami pun terus ke kedai tersebut. Agak terkejut dan terpegun setibanya di kedai
itu sebab tak tahu dari mana hendak dimulakan dan tak tahu apa yang patut kami
beli, betapa bnyak nya pilihan yang ada di kedai ini. Apa lagi, shopping la
kami satu kedai tu hehe =)
Dalam masa waktu yang singkat itu, mane yang sempat je la
kami beli dahulu. Sampaikan siap minta nombor contact aunty kedai tu sebab
hendak datang semula ke kedai itu lagi sekiranya perlu.
Sampai sahaja di hotel kami terus menuju ke ruangan untuk
‘welcome show’ oleh peralatan muzik tradisional orang asli Australia. Lebih
kurang 1 jam persembahan individual yang serba sedikit mengantukkan tetapi
dapat juga la kami ilmu baru untuk hari itu.
Day 3
Awal pagi selepas sarapan, kami berkumpul semula untuk ke
destinasi seterusnya. Kami dijemput oleh pemandu pelancong lelaki (tak ingat
nama) dengan menaiki trak pecuan 4 roda yang sememangnya tidak ada di Malaysia
di mana kepala trak seperti lori, manakala badannya adalah seperti bas. Mesti
tak dapat nak bayangkan, cuba lah tengok gambar di bawah ni. Kami diminta
supaya sentiasa memakai tali pinggang kaledar demi keselamatan masing-masing.
Di dalam trak ini juga terdapat tandas tetapi disarankan supaya digunakan untuk
kecemasan sahaja la, kami dengar pun gelak.
Selepas perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam itu, sampai
la kami di Caversham Wildlife Park dan masa untuk berjumpa dengan kanggaru, beruang koala
dan wombat. Seronok la kan dapat tengok haiwan yang tak pernah kita lihat
secara reality depan mata, selalu tengok kt tv je. Akhirnya merasa la jugak
beramah mesra dengan haiwan-haiwan tersebut.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kilang Udang Galah
(Lobster) dan berpicnic la di sana. Time tu masing-masing ingatkan akan dapat
makan lobster tetapi tidak. Kami hanya sekadar melawat kilang lobster yang
menunjukkan bagaimana lobster hidup hidup dip roses untuk di import ke serata
dunia. Kemudian terdapat ruang untuk berpicnic tetapi di dalam building, bukan
la open air pun. Selesa dan dibekalkan makanan yang sedap oleh pemandu
pelancong itu buat hidangan makan tengahari kami, semestinya halal.
Selepas kenyang perut kami, diteruskan lagi perjalanan yang
memakan masa lebih kurang 45 minit ke Pinnacles Desert Discovery. Sepanjang perjalanan, kiri
kanan penuh dengan ladang anggur yang luas dimana anggur-anggur inilah akan
diproses untuk di buat menjadi air alkohol seperti wine.
Di Pinnacles Desert Discovery, tempatnya seperti sebuah padang pasir
oren yang terbentang luas dan hanya dihiasi oleh batu-batu yang tumbuh seperti
cendawan. Batu-batu inilah yang dinamakan Pinnacles. Ternyata terlintas juga di
fikiran macam mana la batu-batu ni boleh tumbuh meninggi kan?? Cuaca agak terik
memandangkan tengahari tetapi oleh kerana angin yang dingin membuatkan kami
rasa suam-suam sejuk. Hilang la semua jaket-jaket tebal hehehe....
Seterusnya kami di bawa pula ke tempat Sand Boarding yang
terletak bersebelahan dengan Pinnacles Park. Tempat Sand Boarding merupakan
tempat yang di penuhi dengan pasir pantai dan pasir ini adalah hasil daripada
kulit kerang, lagi halus daripada pasir di pantai Malaysia.
Pasirnya yang sangat halus dan sejuk. Mesti pelik kan macam mana tempat pasir yang sejuk boleh bersebelahan dengan padang pasir yang panas itu, kedua-dua sempadan tersebut tidak langsung bercampur anduk, cantik sahaja terbahagi dua.
Sebelum tiba di tempat Sand Boarding tersebut, pemandu pelancong memaklumkan bahawa beliau terpaksa berhenti sebentar untuk mengurangkan angin tayar untuk ke tempat tersebut. Kami berhenti sebentar di tepi jalan sambil menikmati pemandangan di tepi pantai tersebut.
Pasirnya yang sangat halus dan sejuk. Mesti pelik kan macam mana tempat pasir yang sejuk boleh bersebelahan dengan padang pasir yang panas itu, kedua-dua sempadan tersebut tidak langsung bercampur anduk, cantik sahaja terbahagi dua.
Sebelum tiba di tempat Sand Boarding tersebut, pemandu pelancong memaklumkan bahawa beliau terpaksa berhenti sebentar untuk mengurangkan angin tayar untuk ke tempat tersebut. Kami berhenti sebentar di tepi jalan sambil menikmati pemandangan di tepi pantai tersebut.
Setiba sahaja di sana, tempat itu yang luas diliputi pasir
putih yang halus dan berbukit bukau seperti longgokan pasir untuk dijadikan
bahan binaan. Yang seronoknya, kami melalui setiap cerun bukit bukau seperti
menaiki roller coaster. Cuba bayangkan trak yang besar dipenuhi dengan lebih
kurang 26 orang penumpang menuruni cerun bukit 23 darjah menjunam ke bawah.
Kaki kami tidak langsung jejak ke lantai dan trak hanya dipenuhi dengan teriak
kan semua penumpang yang ada. Kami di bawa menuruni setiap cerun bukit
berkali-kali dan tidak penah serik sama sekali, tambah seronok lagi ada la.
Kemudian kami berhenti di sebuah cerun dan diberi peluang
untuk bermain luncur pasir. Pelbagai ragam dan gelagat setiap orang yang cuba
untuk bermain luncur pasir tersebut. Dan yang pasti, juara luncur pasir
semestinya teman kami yang bernama Maziah, mana tak nya badan dia kurus jek dan
senang nak turun naik bukit hehhehe..
Setelah puas bermain luncur pasir, kami gerak pulang ke
hotel dan singgah sebentar di stesen minyak untuk refreshmen dan tayar trak
perlu di isi semula dengan angin. Penat seharian dengan pengalaman yang tidak
dapat dilupakan.
Day 4
Selepas sarapan, seperti biasa kami berkumpul untuk ke
destinasi seterusnya. Kami berjalan beramai-ramai menuju ke Swan River untuk
menaiki Captain Cook Cruise dan akan turun di Fremantle.
Sebelum itu, kami singgah sebentar di Bell Tower dan
diperkenalkan dengan beberapa jenis loceng. Kemudian kami diberikan sijil oleh
kerana berpeluang untuk membunyikan loceng yang ada di menara tersebut. Kami
juga berpeluang menikmati keindahan Bandar Perth di atas menara tersebut.
Dengan menaiki Captain Cook Cruise, kami menikmati keindahan
sepanjang Swan River dengan susunan rumah yang sangat teratur dan binaan yang
begitu unik. Turut menyusuri pelabuhan kapal dagang sebelum tiba di Fremantle.
Setibanya di Fremantle, kami menikmati makan tengahari di fish n chips.
Sesungguhnya di Australia semuanya besar-besar dan kami order pakej fish n
chips dikongsi bertiga dengan Kak Ros dan Sha.
Kemudian, kami teruskan hari itu dengan shopping di
Fremantle Market yang di katakan murah. Tetapi jangkaan saya meleset bahawa
barangan yang dijual sangat mahal dan susah untuk tawar menawar, murah lagi di
kedai souvenir yang kami pergi masa hari pertama tiba. Saya dan Sha bertekad
untuk menelefon aunty kedai tersebut kerana sememangnya kami ingin kembali ke
kedai beliau.
Kami diberikan waktu untuk membeli belah dan diminta
berkumpul semula untuk pulang bersama-sama menaiki keretapi. Kami juga
dibenarkan pulang sendiri sekiranya memerlukan waktu yang lebih lama di
Fremantle. Habis kami borong sakan sepanjang hari untuk dibawa pulang dan saya
pula sibuk mencari Boomerang yang telah dipesan oleh bapa saya sebelum berlepas
ke Perth. Yang pada mulanya kami telah berkumpul untuk ke stesen keretapi
bersama tetapi akhirnya kami 3 orang (sha & ira) yang terakhir ketinggalan
oleh kerana terlalu sibuk menyinggah membeli belah sewaktu jalan ke stesen
keretapi.
Tanpa ahli kumpulan yang lain kami bertiga meredah perjalanan yang asing buat kami untuk pulang semula ke tempat kami menginap. Kami menaiki keretapi daripada Fremantle terus menuju ke Perth yang memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja. Setiba nya kami di stesen Perth, kami meminta bantuan seorang konduktor stesen tersebut untuk menunjukkan laluan pulang ke hotel kami.
Tanpa ahli kumpulan yang lain kami bertiga meredah perjalanan yang asing buat kami untuk pulang semula ke tempat kami menginap. Kami menaiki keretapi daripada Fremantle terus menuju ke Perth yang memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja. Setiba nya kami di stesen Perth, kami meminta bantuan seorang konduktor stesen tersebut untuk menunjukkan laluan pulang ke hotel kami.
Perjalanan yang sepatutnya hanya lebih kurang 30 minit telah
bertukar menjadi hampir 2 jam untuk pulang ke hotel. Kerisauan saya lebih
kepada Ira yang sedang membawa kandungan 3 bulan untuk berjalan kaki yang jauh
sesat entah ke mana. Hari semakin gelap dan jalan semakin lengang, hampir
setiap orang yang lalu di laluan kami akan kami sapa untuk bertanya kan jalan
bagi memastikan jalan yang kami pilih adalah betul. Rupa-rupanya jalan yang
diberikan oleh konduktor tadi adalah tidak tepat dimana jalan yang dilalui
betul tetapi arah simpangan yang bertentangan membuatkan kami sesat sehingga
penghujung jalan.
Dalam keadaan yang sesat itu, kami sempat lagi untuk membeli
aiskrim yang juga menjadi idaman ira ketika itu. Hilang seketika kerisauan untuk
mencari jalan pulang selepas dapat menjamah aiskrim yang begitu sedap sekali
dan boleh dikatakan lain lembutnya daripada aiskrim di Malaysia.
Kami sampai di hotel sedikit lewat dan saya bersama-sama Sha
terus menuju ke kedai souvenir aunty yang telah kami hubungi siang tadi.
Ternyata aunty tersebut setia menanti kedatangan kami. Apa lagi, esok kami akan
terbangan pulang ke Malaysia awal pagi dan ini merupakan saat-saat akhir buat
kami untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang.
Cukup la setakat ini dan kami pulang dengan tangan yang
penuh, bersiap sedia untuk mengemas bag untuk memuatkan semua barangan yang
kami beli. Keesokkan paginya kami terus berangkat ke Perth Airport untuk
penerbangan pulang ke Malaysia. Tetapi terdapat juga beberapa orang ahli
daripada kumpulan kami yang extend staying period mereka di Perth dengan
kebenaran yang diberikan oleh pihak syarikat kami. Semua perbelanjaan bagi yang
extend akan ditanggung oleh individu masing-masing..
Penerbangan yang memakan masa selama 8 jam ini penuh dengan kepenatan dan keceriaan yang akhirnya kami selamat mendarat di Malaysia lingkungan jam 12 setengah tengahari.
Penerbangan yang memakan masa selama 8 jam ini penuh dengan kepenatan dan keceriaan yang akhirnya kami selamat mendarat di Malaysia lingkungan jam 12 setengah tengahari.
teruja la pl nak pg perth ni...dari cerita n gambar mcm best sgt je...blh kongsi juga kosnya brp...senang nak wat budget...anyway cantik gambar2...
ReplyDeleteHi Noor, thanks for ur comments. Btw, this is my company trip actually so not sure the cost brp. But i am sure rasanya estimated around RM2k+ sorg.
DeleteTo share with you, if you can stay at the area of Ambassador Hotel yang we all stay. It can help you to excess to other places as well. Kira nya mcm this is the centre point la, you bley naik bas, bley naik train or ferry. Mmg easy sgt nk berjalan, no need car at all. Tp if you nak pg tgk kanggaroo, laut or pdg pasir tu.That u have to book with the local agent easier.
I'm planned to visit Perth again & bring my family. So , maybe i can share with u the cost later. Tu pun if you xpg lg la hehehe..Anyway, thnks ya for your post.
If you dah pg, do share with me your experience ya...see ya =)
kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti. mereka ada 4 buah holiday homes di perth. saya dah pernah try 2x. memang puas hati. service dan tempat pun superb!!
ReplyDeletedkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes
Yeke?? hmm terima kasih for the information. Memang ada plan nk pergi Perth mungkin tahun depan or tahun 2015 together with family. So sure akan contact Cik Siti ni nanti..terima kasih sangat2 yek dgn info ini & sgt membantu....=)
Deletesalam....bestnyer ble tengok gambar semua...sy mona dari seremban...memang ada plan nak pergi ke ausie the end of year kalau ader rezki la...still looking for air asia promo..org kate gold coast ok tp ader member yang baru balik dr perth kate perth pun okay tol travel...tgk gambar2 ni i truja plak nak pergi perth hehehe....if x keberatan bleh jadik frenz kat wechat n wassup...this is my number (012-6483621 - mona) take care....
ReplyDeleteHi,
DeleteThanks for dropping by. Ya,will keep in touch with you ;)
hi..kdai aunty yang kata murah tu nama kedai apa dan kat jln mana? bulan depan akan ke Perth..hope dpt reply..thankssssssssssssssss
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHi,
DeleteThe shop is in Hay Street but not really sure how to guide you there. Its at the street behind of Perth Ambassador Hotel & the same street where the Kebab Halal Restaurant is if im not mistaken hehehe..
We a bit of rush doing our shopping that time & totally forgotten to snap some picture. But i think my friend does have the shop's picture & will post it up the details if there's any.
Anyway, hope it does help. Roger roger la if you already been there ;)
Salam.. boleh tau, ni ke jalan yg kebab halal restaurant yg ada kedai souvenir tu?
ReplyDeletehttps://www.google.com/maps/@-31.9582772,115.8715242,3a,90y,19.81h,89.07t/data=!3m6!1e1!3m4!1shRJGYfKTWXnW45j-HAkm4A!2e0!7i13312!8i6656
Wsalam...
DeleteYes, correct. That kebab house is inside that area. Kedainya tersorok sikit belah dalam. Try utk order 1 dulu tau sbb it's biggggggg hihi...enjoy ur meal =)
OK thanks for the conformation and also tipss @ Perth.. TQ
Delete