My Pages

Monday, 7 October 2013

HAT YAI - SONGKHLA - KOH LANTA

Bahasa | English

HAT YAI - SONGKHLA - KOH LANTA (YAI) - PHI PHI ISLAND - AO NANG - KRABI
THAILAND
25 SEP - 4 OKT 2013


~~PLAN A~~
Hat Yai - Songkhla - Koh Lanta

Hari Pertama: Hat Yai - Songkhla

Untuk rakyat Malaysia, anda boleh parking kereta anda di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) & ambil JetBus ke LCCT dengan hanya RM8 sehala.


Dengan AirAsia lagi sekali, kami tiba di Hat Yai jam 12 tengahari (waktu Thailand).



Kami terus ke Pekan Songkhla kerana suami saya ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan. Teksi Airport dari Airport ke Pekan Songkhla hanya 660THB untuk satu kereta. Suami saya selesai urusannya dalam jam 5.30 petang & kemudian kami terus ke tempat penginapan kami di Sabai Sabai Resort Songkhla.




Sabai Sabai Resort ini terletak 5 minit daripada Pekan Songkhla. Resort ini memang simple sahaja tetapi dekorasinya sangat unik, tepi tasik, aircond & yang paling memang kami tak percaya adalah siaran televisyen nya. Kalau nak tahu, cuba lah stay di sini....hehhee...


Waktu malam, kami ke Pekan malam seperti yang dimaklumkan oleh orang-orang tempatan. Tetapi, dari resort ini memang ada sedikit sukar untuk dapatkan pengangkutan awam & mudah sekiranya datang daripada pekan itu sendiri. We cuba jugak untuk tahan tuktuk & tiba-tiba kami tertahan sebuah keluarga yang menaiki motor membawa aiskrim.

Dengan baik hatinya, mereka tumpangkan kami untuk ke pekan itu..memang baik hati orang-orang di sini...hehehe...




Kami berbelanja sikit-sikit di pasar malam ini & jom lihat apa yang ada di sini...surprise surprise...




Pernah ke anda cuba makan ini???? Pelbagai jenis ulat goreng.....nyum nyum...hahaha..




Akhirnya, kami beli sepasang jam tangan hanya 400THB..murah la jugak...



Hari Ke 2: Songkhla - Hat Yai

Pagi ini, kami panggil teksi yang sama semalam untuk ke Hotel Emporer di Hat Yai & hanya 600THB sahaja sehala dengan kereta jenis Toyata berhawa dingin.

Sebelum ke Hat Yai, kami singgah di Pekan Songkhla untuk makan tengahari & beli sedikit makanan ringan untuk di bawa bersama. Kami makan tengahari di sebuah kedai Muslim berdekatan dengan Masjid Asasul Islam. Untuk pelancong muslin, di sini juga terdapat beberapa buah lagi restoran muslim sepanjang deret ini.




Makan tengahari untuk hari ini hanya 230THB = 2 nasi putih, tomyam, ayam goreng, kari ikan & sayur segar untuk ulam.



Kami juga ke kedai roti muslim di sini & rotinya memang sangat lembut serta murah, hanya 10THB sepaket. Patut cuba ini...


Kemudian, kami kembali semula ke Bandar Hat Yai & menginap di Hotel Emperor Hat Yai.
Nampak memang menakutkan tetapi ok lah jugak setakat untuk tidur dengan selesa. 



Kami jalan kaki sepanjang laluan bandar ini




Sehingga lah sampai di sebuah pasaraya yang dipanggil Lee Garden Plaza... Tempat ini dikelilingi oleh gerai-gerai yang menjual pakaian, makanan tempatan, cenderahati & lain-lain.





Hari Ke 3: Hat Yai - Trang - Koh Lanta


Seawal 7 pagi kami ke Talaq Kassim (stesen bas di Hat Yai) dengan menaiki Tuktuk yang hanya 80THB untuk 2 orang.

Kemudian kami naik Minivan untuk ke Trang dengan hanya 250THB seorang. Daripada sini, terdapat cara untuk ke Koh Lanta, sama ada melalui Trang atau pun Krabi.



Sekiranya melalui Krabi, harga tambang nya dalam 500THB seorang & perjalanan memakan masa lebih kurang dalam 5 jam. Kemudian anda perlu pula menaiki feri untuk ke Koh Phi Phi dalam 2 jam & akhirnya tukar feri ke Koh Lanta dalam 1 1/2 jam. Masa perjalanan juga bergantung kepada jenis feri yang digunakan .


Kami bersarapan di stesen bas ini sebelum perjalanan bermula & disarankan supaya anda makan dahulu sebelum bertolak kerana perjalanannya yang memakan masa yang lama atau beli makanan ringan untuk di makan semasa dalam perjalanan. 




Kemudian, kami pilih untuk menggunakan laluan Trang yang memakan masa lebih kurang dalam 2 jam daripada Hat Yai. Sila pastikan anda diturunkan di Terminal Trang yang berdekatan dengan stesen keretapi, bukan di stesen bas Trang. Kalau tidak, anda perlu menaiki teksi pick up dalam 12THB seorang daripada stesen bas Trang ke stesen keretapi. 




Stesen Keretapi di Trang... 



Kesemua pemindahan ke Koh Lanta akan diturunkan di sini, di hadapan Kanokwan Tour kerana hanya ejen ini sahaja yang mempunyai perkhidmatan dari sini ke Koh Lanta & terus di hantar ke tempat penginapan di Koh Lanta.

Pada mulanya, kami dimaklumkan bahawa harga tambang adalah 250THB seorang. Kemudian, kami putuskan untuk tidak membeli dahulu tiket itu & pergi untuk makan tengahari dahulu.




Kami sampai di Trang dalam jam 11 pagi & singgah makan di sebuah restoran muslim yang dinamakan Masala Station, betul-betul berhadapan dengan Kanokwan Tour itu.



Rupa-rupanya, tuan kepada restoran ini adalah merupakan salah seorang penuntut di University Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia & dia boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. Dia & ahli keluarganya sememangnya cukup baik untuk bantu kami di sini.



Apa yang special di restoran ini adalah Thai Noddle Curry Koa Soi & Soya dengan susu kambing. Ini merupakan campuran masakan Thailand & China, memang sedap. Anda patut cuba & memang berbaloi..


Kami dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa tambang ke Koh Lanta hanya 180 THB tidak termasuk tiket feri & 200THB sekiranya termasuk tiket feri. Itu sebab kami tidak beli pakej penuh termasuk tiket feri & tranfer ini semasa di Koh Lanta semasa di tawarkan oleh penjual di sana, kerana harga nya 250THB seorang & tidak termasuk tiket feri, perlu tambah lagi 20THB seorang untuk feri.


Akhirnya, suami saya cuba untuk tawar harga itu & dapat 250THB seorang tetapi termasuk sekali dengan tiket feri. hahaha....

Selepas solat Jumaat, kami menaiki minivan pada jam 3.10 petang ke Koh Lanta. Sepanjang perjalanan itu, minivan ini akan menaiki feri 2 kali pula untuk menyeberangi tanah tengah di antara Trang & Koh Lanta.




Kami sampai di tempat penginapan di Koh Lanta iaitu Mook Lanta pada jam 9 malam. Kami sepatutnya check in esok tetapi merancang untuk ke sini awal & tuan empunya resort juga turut terkejut apabila kami tiba di sana tetapi mereka tetap sambut kami dengan gembira.



Ini adalah bahagian hadapan Mook Lanta Resort. Walaupun tempat ini terletak jauh sedikit daripada pekannya tetapi masih boleh mendapatkan keperluan seharian & makanan di kedai2 berhampiran.

Kami turut sewa motor scooter dengan hanya 150THB sehari (24 jam) & turut ada juga tempat mencuci pakaian (laundry) yang hanya 20THB seKG. Ini pun memang sangat memudahkan para pelancongan & juga kepada pelancong muslim kerana memang terdapat banyak kedai makan muslim di sini. Populariti penduduk di sini jugak kebanyakkan nya Muslim. 





Resort ini terletak di kawasan Long Beach atau Phra Ae Beach.



Kami makan hari-hari hampir di kedai makan yang sama kerana sangat murah, sedap & jangan risau, sememangnya halal.




Sarapan...cubalah mee dimakan dengan kari kelapa (kan num king num keng)..sedap sangat, saya sendiri makan pun selalunya 2 mangkuk la haha..



Manakala makan malam, harus cuba masakan Tom Yam & Ayam Padprik mereka...memang sedap...di sini juga akan dihidangkan dengan sayur-sayur segar sebagai ulam dalam dulang yang besar & free pun, tak dikenakan caj apa-apa pun.

Nak tahu tak, kami makan ini hanya 100THB sahaja, cukup untuk 2 orang makan.



Kemudian, kami pergi jalan-jalan di pekan Koh Lanta & mencuba lah Pancake pelbagai rasa, yang pasti tak ada di negara lain. Harus cuba...sedappp...


Pancake Nutella & Pancake Coklat Pisang, 30THB setiap satu..


Hari Ke 4: Koh Lanta

Kami juga turut di sambut baik oleh seorang tuan empunya resort yang juga seorang muslim iaitu Hutyi Boat Resort. Beliau sangat baik hati & membantu. Beliau jugalah merupakan translator kami di sana memandangkan beliau sahaja yang fasih berbahasa english & memudahkan  kami untuk bertanyakan banyak soalan berkenaan pulau ini dan yang lain-lain.

Harga semalam di sini lebih kurang sama dengan tempat penginapan kami iaitu 400THB satu malam pada musim biasa & 600THB pada musim cuti sekolah.





Kami pergi melawat ke resort beliau & berkemungkinan untuk bermalam di sini pula pada masa akan datang. Beliau sambut kami dengan baik & turut menjemput kami untuk makan tenghari bersama kerana beliau sudah menganggap tetamu sebagai sebahagian daripada keluarga beliau sendiri. 



Kalau nak tahu, pada musim hijau atau low season, kedai di sini kebanyakkannya tutup & hanya akan buka semula pada musim padat atau high season. Sememangnya memang tak banyak aktiviti di sini ketika musim hijau ini & hanya sesuai untuk sesiapa yang inginkan ketenangan.

Pada asalnya, kami sepatutnya menginap di sini selama 3 malam & terpaksa mengubah rancangan menjadi 2 malam sahaja. Kami bertukar untuk menginap di Pulau Phi Phi.

Selepas seharian survey, akhirnya kami jumpa dengan ejen yang menjual pakej feri ke Pulau Phi Phi yang paling murah iaitu 300THB seorang pada musim hijau & 400THB pada musim padat. Anda akan dijemput di tempat anda menginap untuk ke jeti pada jam 8 pagi. Ejen tempat kami beli tiket ini adalah Mr Pard, Hi-ED Travel (hiedlanta@yahoo.com).

Pada masa sama juga, ejen ini turut membuat pertukaran mata wang asing sekiranya anda memerlukan duit tukar, boleh juga berjumpa dengan beliau.

Terdapat hanya 2 kali sahaja feri dari Koh Lanta ke Pulau Phi Phi semasa musim hijau, belah pagi & petang tetapi banyak feri semasa musim padat. Perjalanan feri memakan masa selama 1 1/2 jam, so pastikan anda makan dahulu sebelum nak naik feri.





Hari Ke 5: Koh Lanta - Koh Phi Phi (Pulau Phi Phi)


Awal pagi, sebuah trak taxi datang menjemput kami di tempat penginapan & hantar kami ke jeti untuk ke Koh Phi Phi (Phi Phi Island).

Baiklah, akan sambung coretan saya di muka seterusnya untuk perjalanan yang selanjutnya. Menarik tau...hehehe..



Bersambung di coretan yang seterusnya....

No comments:

Post a Comment