THAILAND
25 SEP - 4 OKT 2013
~~PLAN B~~
Koh Lanta - Koh Phi Phi (Phi Phi Island)
Hari ke 5: Koh Lanta - Phi Phi Don
Semasa di jeti, anda akan diberikan pelekat ini untuk mengenal pasti siapa yang akan turun di Phi Phi Island & siapa yang akan ke Phuket.
Ini dia feri kami untuk ke Phi Phi Island....Jom nikmati pemandangan laut luas ini...hehehe..
Pelancong asing yang turun bersama dengan kami dalam feri ini....
Semakin hampir dengan Phi Phi Island...
Di sebelah kiri itu adalah Phi Phi Ley...sebuah lagi pulau kecil kepunyaan Pulau Phi Phi...
Sebelum
sampai ke jeti, terdapat sebuah lagi feri yang sedang menunggu
penumpang yang hendak ke Phuket, mereka dipindahkan di sini.
Snap sebentar sebelum turun daripada feri ini hehehe..cantik kan??
Sekarang,
kita berada di Phi Phi Don di mana merupakan pot utama Phi Phi Island
ini. Jangan terkejut pula kerana memang tak ada kenderaan di dalam pulau
ini kecuali motosikal, itu pun di sebahagian kawasan sahaja.
Tempat-tempat di dalam ini semuanya boleh sampai dengan berjalan kaki
sahaja, tak perlu risau lah.
Kami
berjalan ke Baia Baia Resort hanya dalam 10 minutes sahaja & plan
nya hanya stay 1 malam sahaj tetapi akhirnya ditambah 2 malam
lagi..hahaha...
Dekorasi yang sangat unik sebab tak pernah lagi ada pokok kelapa di dalam bilik tidur. Apalagi, cuba lah di sini....
Sangat adventuring...hahaha..
Berdekatan resort ini, terdapat banyak pub, restoran, kafe dll. Bagi pelancong muslim, terdapat kafe berdekatan yang diuruskan oleh penduduk islam tempatan. Ianya berdepan dengan pantai...tempat yang menarik untuk menjamu selera & tenang je..
Cubalah pizza di sini hanya 80THB sekeping & sangat besar. Hahaha..
Kemudian, kami jalan-jalan sepanjang lorong-lorong pulau ini & sambil itu turut survey pakej island tour yang paling murah.
Bermula daripada jeti sahaja pun sudah ramai orang yang cuba mempromosikan pakej-pakej mereka tetapi jangan beli dahulu sebelum anda survey di deretan kedai-kedai dalam pulau ini. Akan ada yang paling murah.
Penduduk
tempatan menjual seafood dari kedai ke kedai...ada pelik sikit sebab
ada sesetengah seafood yang dijual nya kami tak tahu & tak pasti
jugak ia boleh di makan atau tidak..hahaha..
Kat sini pun ada teater XD...tak cuba pun tetapi nampak macam style movie yang sangat adventuring....
Ini pula kedia buku kecil kat pulau ini & boleh jugak pinjam buku dari sini...lebih kurang macam perpustakaan kecil la...
Ini pula pasaraya mini untuk barang-barang keperluan...
Terdapat banyak gerai jual barang-barang souvenir & kami dapati barangan di sini lebih murah daripada di Ao Nang/Krabi. Rasanya ini lah pulau yang menjual barang dengan harga yang rendah, tak perlu lah nak tunggu sampai hari terakhir ke baru nak shopping. hhehhee...
Malam ini, kami makan di kafe berdekatan yang ada jual Pizza tu..nyum nyum, sedap kan...harga pun ok je...

Hari ke 6: Phi Phi Don (Phi Phi Island mainland)
Pagi ini, kami bersarapan di sebuah restoran muslim tempatan. Makanan nya memang best & harga pun berpatutan. Kalau datang sini, mesti kena cuba. Ada 2 restoran Muslim di kawasan ini & yang 1 lagi ada di hadapan sudut penjuru. Jumpa salah satu restoran ini, maka jumpa lah yang lagi satu tu.
Sayur ulam yang segar & free tau....hee..
Malam tadi, kami dah beli pakej island tour jenis boat besar dengan sebuah agensi 600THB seorang. Perancangan kami hendak pergi sesi tengah hari, tetapi malangnya dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan & kami tunda ke esok harinya sesi pagi.
Kemudian, kami jalan-jalan di sekitar pulau ini & apa lagi, ambil gambar lah. Phi Phi Island ini ada 2 bahagian pantai iaitu Ton Sai Bay & Loh Dalum Bay. Pantai yang terletaknya jeti utama pulau ini adalah bahagian Ton Sai Bay, manakal pantai yang sesuai untuk mandi-manda adalah Loh Dalum Bay.

Ini lah Ton Sai Bay..
Sesampai sahaja di sana, kami dapati pantai ini biasa biasa sahaja & tidak ada apa yang menarik. Memang sangat mengecewakan sebab perjalanannya jauh & macam membazir tenaga & waktu kami ke sana. Sedangkan kami boleh habiskan masa mandi-manda di bahagian pantai Loh Dalum Bay.
Tetapi tak apa lah, dah sampai pun kan..kiranya ada lah jugak pengalaman & memori di situ. Kalau tak pergi memang tak tahu lah kan hehhee...
Inilah Long Beach...
Sesampai sahaja kami di Loh Dalum Bay, hari sudah hampir gelap. So, kami duduk ambil angin sahaja lah di tepi pantai ini sambil tengok matahari tenggelam.
Cuba lihat gambar kami pada keesokan hari nya...sangat sangat cantik... =)
Makan malam...awesome...makanan laut...sangat murah..memang tak percaya...
Malam hari di sini...sangat happening...pub di tepi pantai & persembahan api pun ada....
Hari ke 7: Island Tour (Viking Cave - Phi Phi Lay - Maya Bay - Bamboo Island - Monkey Beach)
Awal-awal pagi lagi, kami pergi sarapan & ambil beberapa gambar pemandangan Loh Dalum Beach...
Pos..pos...pos...di Loh Dalum Bay..
Masa untuk Island tour....Jom...
Pada mulanya, kami beli pakej untuk boat besar separuh hari sahaja daripada agensi ini dengan harga 600THB seorang atau pun jenis boat nelayan (Long-Tail Boat) 400THB seorang. Kami dimaklumkan oleh agensi ini bahawa pakej ini termasuk makanan ringan seperti buah-buahan & air di atas boat. Tetapi sebenarnya tidak ada sebarang makanan disediakan langsung, yang ada cuma air mineral sahaja & makanan hanya disediakan untuk penumpang yang beli pakej penuh sehari, ini yang dimaklumkan oleh pengusaha boat itu.
Rasa seperti kena tipu juga lah, so memang kena berhati-hati bila nak beli & pastikan tanya betul-betul sebelum beli.
Inilah peta laluan pakej island tour di sini:
(Pakej separuh hari - Pagi) Viking Cave - Peleh Bay - Phi Phi Lay - Maya Bay
(Pakej separuh haru - petang) Bamboo Island - Ao Poh Bay - Monkey Beach - Sunset Viewing
(Pakej sepenuh hari) Semua yang di atas =)
Sebelum bertolak....lelaki yang membelakangi kami itu lah guide nya..nama dia Sulaiman & sangat fasih bahasa english...yang penting sekali die seorang yang sangat membantu & kelakar...
Pemandangan cantik sepanjang perjalanan ini...
Ini adalah hentian pertamanya...Viking Cave...
Di sini terdapat banyak sarang burung di dalamnya yang selalu digunakan oleh orang cina dalam perubatan tradisional mereka atau juga untuk kegunaan harian.
Ini adalah hentian ke 2 nya...Peleh Bay..
Masa untuk berenang & snorkeling...kalau naik boat besar ini, kebanyakan nya kita terpaksa berenang untuk ke tepian kerana boat besar tidak boleh ke kawasan tepian supaya tidak merosakkan batu karang.
Ini pula hentian ke3 nya, Phi Phi Lay...
Di sini tak dapat buat aktiviti sangat tetapi kami perlu berenang ke tepi menuju ke tangga di celah bukit itu untuk ke Maya Bay...Barang peribadi terpaksa lah ditinggalkan atas boat sebab kena berenang ke sana.
Hahh...masa ini lah bag waterproof itu sangat berguna untuk bawa bersama kamera & barang-barang berharga..bag waterproof ini boleh didapati di pulau ini dengan harga yang murah kalau pandai cari, hanya 330THB untuk 10L waterproof bag & 350THB untuk waterproof casing hp. Murah...berbanding di Pekan Krabi, mahal sedikit.
Ini hentian ke4 iaitu Maya Bay...
Hentian terakhir bagi yang membeli pakej setengah hari...merentas bukit tadi itu lah akan sampai di Maya Bay ini, tempat selalunya dijadi kan set pengambaran.
Inilah Maya Bay..terkejut juga lah kerana tak sangka ada ramai orang di sini walaupun time ini low season. Memang tak boleh nak dibayangkan kalau peak season, macam mana lah agaknya kan...
Tambah
plak banyak boat-boat kecil yang diletak di tebing-tebing pantai, macam
mana la plak orang nak mandi-manda dicelah-celah boat-boat ini...harap2
lah pihak tertentu untuk ambil tindakan sepatutnya..
Inilah pemandangan Maya Bay ketika itu & dihalang oleh pemandangan yang tidak menarik. Tak pasti kami macam manalah mereka benarkan boat-boat ini berlabuh di tepi pantai macam tu sahaja, tak adil lah bagi pelancong-pelancong untuk menikmati pemandangan di sini. Kami di sana pun terfikir-fikir, macam mana lah hendak dapatkan gambar yang cantik-cantik kalau dah suasana macam ini...huhu...
Gambar kumpulan kami di Maya Bay sebelum ke hentian seterusnya...
Berenang sejenak sementara menunggu yang lain kembali ke boat semula..
Kembali ke Pier (jetty at Phi Phi Don) untuk hantar mereka yang mengambil pakej setengah hari sahaja & turut ambil makan tengahari untuk mereka yang ambil pakej panuh.
Ini jugak sepatutnya hentian terakhir kami sebab kami pun hanya beli pakej setengah hari sahaja. Tetapi memandangkan tidak puas lagi nak berenang & nak pergi ke pulau yang lain jugak, kemudian kami cuba bincang dengan guide tu. Akhirnya kami tambah 400THB untuk 2 orang supaya boleh sambungkan perjalanan bersama yang lain...hehehe...
Kami makan tengahari di dalam boat ini sebelum ke hentian seterusnya.....
Hnetian ke5 ialah Bamboo Island...
Pantai yang cantik, banyak ikan, air nya pun jernih...memang sesuai untuk berenang & snorkeling...
Memang banyak ikan, so jangan lupa bawa roti sikit bersama untuk ikan-ikan ini....
Hentian ke6 iaitu sambung snorkeling di Ao Poh Bay...
Hentian ke7.....Monkey Beach untuk bagi monyet makan???
Hahaha...jangan terkejut pula...di sini lah tempat untuk beri monyet makan tetapi masa kami ke sini, monyet dah kenyang. So kami berenang & snorkeling je tepi tepi pantai..
Hentian akhir...
Sebelum pulang ke Pier, jom kita nikmati keindahan matahari terbenam, betul-betuk di tengah tengah laut...cantiknya ciptaan tuhan..
Malam terakhir di Phi Phi Island...jom 'Teh Tarik'...hahaha...
Dimana?? Tempat yang sama juga, di restoran muslim yang kami pergi sebelum ini...cuba, jangan tak cuba & makanan pun murah sangat-sangat di sini...
Ini lah pengakhiran kami di Phi Phi Island...esok pagi akan ke Pekan Krabi iaitu tempat terakhir dalam perancangan kami kali ini...
Semasa low season, hanya ada 2 kali feri ke Krabi iaitu pada jam 10.30 pagi & 3.30 pagi. Maka, kami pilih untuk ambil feri pagi ke Krabi kerana sekurang-kurangnya kami ada masa sikit di Krabi untuk survey tempat & kenderaan di sana.
Nak tahu apa yang menarik & aktiviti apa boleh buat di Krabi...jom ikuti kami di episod seterusnya di Krabi...

Gambar kenangan bersama kawan kami dari Switzerland kalau tak silap lah hehehe...
Ini lah pengakhir island tour kami....best...
Malam terakhir di Phi Phi Island...jom 'Teh Tarik'...hahaha...
Dimana?? Tempat yang sama juga, di restoran muslim yang kami pergi sebelum ini...cuba, jangan tak cuba & makanan pun murah sangat-sangat di sini...
Menikmati aktiviti malam di sini dengan persembahan api oleh penduduk tempatan...
Ini lah pengakhiran kami di Phi Phi Island...esok pagi akan ke Pekan Krabi iaitu tempat terakhir dalam perancangan kami kali ini...
Hari ke 8: Koh Phi Phi ke Krabi
Semasa low season, hanya ada 2 kali feri ke Krabi iaitu pada jam 10.30 pagi & 3.30 pagi. Maka, kami pilih untuk ambil feri pagi ke Krabi kerana sekurang-kurangnya kami ada masa sikit di Krabi untuk survey tempat & kenderaan di sana.
Nak tahu apa yang menarik & aktiviti apa boleh buat di Krabi...jom ikuti kami di episod seterusnya di Krabi...
Bersambung....
No comments:
Post a Comment