My Pages

Saturday, 23 August 2014

CAMERON HIGHLAND

CAMERON HIGHLAND
5 & 6 April 2014


Abg : Nak pergi Cameron Highland tak?

Syg : Cameron Highland? Bila?

Abg : Esok....nak tak?? Balik hari hehehe...

Syg : Esok????? Hari sabtu? Sayang ikut aje...tapi balik hari ke? Hehehe...

Abg : OK, bawa je baju siap-siap standby. Kalau ada bilik murah, kita tidur semalam kat sana.

Syg : Yahoooooo.......


Apa lagi, dengan short notice ini kelam kabut saya nak siapkan semua. Esok pagi-pagi lepas subuh kami rancang nak gerak ke Cameron Highland.



5 Apr 2014

Dalam jam 7 pagi, kami bertolak ke Cameron Highland. Selalunya bila orang nak ke Cameron Highland daripada Kuala Lumpur, mereka akan ikut Lebuhraya Utara-Selatan & keluar ke Tapah tetapi suami saya keluar ke Simpang Pulai. 


Kalau tengok di peta, jalan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai adalah nampak lebih jauh daripada melalui Tapah. Tetapi kalau mengikut keadaan jalan raya itu, saya rasa melalui Simpang Pulai adalah jalan yang selamat sedikit. Tapi apa pun, kita berdoa supaya perjalanan kita selamat pergi & balik. 


Dalam jam 10 lebih pagi kami sampai di Cameron Highland & tempat pertama yang kami tuju adalah Taman Agro Tourism - Big Red Strawberry Farm. Ya, di sini lah kami dapat menikmati pelbagai hidangan berasaskan strawbery macam ini...





Ais-Krim Goreng Strawberry, Strawberry Sundae & Strawberry Float...



Tapi sebenarnya, macam-macam ada lagi di sini..cuba tengok menu nya...hahhhh....



Inilah persekitaran ladang strawberry nya & bukan ada strawberry sahaja, pelbagai jenis sayur-sayuran pun ada...cuba lihat..cantik-cantik belaka...hehehe...





Kemudian, rezeki kami baik hari ini. Kami dapat hubungi salah sebuah tuan rumah yang menguruskan apartment & kami tawar punya tawar, akhirnya dapat juga stay di apartment 3 bilik hanya RM100 satu malam, betul-betul kat atas bukit. Seronok tak seronok??? 

Seriously, macam stay kat hotel 5 star jek...hehehe...apa apa pun, terima kasih kat my hubby sebab dia memang pandai survey pun...







Petang ini pula, kami ke pasar malam yang ada berdekatan dengan tempat kami menginap. Tak berapa tahu pula apa nama pasar ini tetapi berhampiran dengan Balai Bomba. So, apa lagi masa untuk shopping lah...





My hubby belikan baju sejuk sarung ini...sampai jadi model sekejap kat kedai tu...kelakar betul...Then dapat pula bunga daripada my hubby...bunga hidup tau..cantik sangat...actually murah barangan di sini, cuma kena pandai survey je la...




Akhir sekali, beli fridge magnet untuk office mate...hurmm banyak pilihan sampai rambang mata nak pilih..



Masa untuk makan malam...kami singgah di kedai-kedai food court yang berhampiran pasar malam itu juga sebab dah penat sangat & tak berapa nak larat pergi cari tempat lain..so kami try di sini...tak da lah sedap sangat tetapi boleh lah masuk sebab dah lapar sangat kan...




6 Apr 2014

Hari ini, kami pergi ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands.









Kemudian, kami singgah pula ke Taman Agro Al Mashoor..konon-konon nak petik buah strawberi tetapi dah habis dah dipetik orang lain awal pagi..so kalau nak pergi petik buah strawberi, kenalah datang awal pagi..






Hari pun sudah menjelang petang, sampai masa untuk pulang dah. Dalam perjalanan pulang, ada sedikit sesak jalan kerana terdapat kontraktor tengah buat jalan.

Sepanjang perjalanan nak pulang tu, kami singgah pula di Taman Lavenda. Taman ini dipenuhi dengan bunga lavenda serta bunga-bunga yang lain. Tempat ini dihiasi dengan dekorasi yang sangat menarik. Dengan suasana yang sejuk & dingin ini, sememangnya terasa macam berada di luar negara..hehehe...


Jom kita tinjau apa yang best di Taman Lavenda ini....










Pemandangan dari atas bukit Taman Lavenda...cantik kan..








Di sini juga, kita dibernarkan untuk memetik sendiri bunga pilihan kita dengan bayaran RM4 sekuntum. 




Hah...ini si kecil yang suka sangat main air di sini...




Kemudian, kami singgah pula di Ladang Kebun Teh....sesi pengambaran yang terakhir untuk trip kali ini..







Anak-anak kecil semestinya akan suka bermain lari-lari di celah-celah laluan pokok teh di sini...hati-hati yek sebab ketinggian pokok teh ini lebih kurang sama dengan tinggi anak-anak berumur 3 tahun..hahaha...





Pemandangan daripada atas bukit tetapi rasanya separuh bukit je sebab tinggi sangat kalau nak panjat hehe..



Last but not least, kami singgah pula di sebuah kedai cenderahati sebelum pulang...di sini banyak jual coklat berperisa strawberi, sedap & boleh cuba...



Sampai di sini sahaja coretan Cameron Highland...kita sambung di trip yang seterusnya ya..tata.. =)








6 comments:

  1. Assalam...
    sepanjang hidup dh 3 kali pergi CH ni..tapi masih rindu nak pergi.. cume kene tangguh kan kejap after dgr berita banjir tu...
    Jemput singgah ke blog saya ye..
    http://ceriteranaziera.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...

      Yek sis,same la kite..sy dh pergi dkt 4 kali rsa nye & planning nk pg lg cuti skolah ni tp banjir plak kan...berharap sgt banjir xkena di tmpat2 yg best la..

      Sy bru jgk blek dr Cameron bulan lpas..nanti sy post kan update terbaru pe yg sy jmpe lg best kt Cameron.

      Follow la blog sy,nanti kita bley share pengalaman kite di Cameron Highland.

      Thanks for your posting sis.

      Delete
  2. Assalam. .Boleh bg no.fon owner apartment rm100 semalam tu x? Nak try lah stay kat sana gak. .Tq

    ReplyDelete
  3. Salam.. klau boleh sy pon nk jugak info sal apartment rm100/night tu

    ReplyDelete
  4. Salam.. klau boleh sy pon nk jugak info sal apartment rm100/night tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam... Mohd Nisham & Azwiera Santica,

      Sorry sgt sgt sbb owner apartment tu dah tak buat lg dh untuk penginapan, diorg dh jual apartment diorg huhu... Lpas ni kne try cari tempat stay murah yang baru plak hehehe...

      Delete