LANGKAWI, MALAYSIA
11 - 16 October 2012
Lame dah tak update blog ni kan..kalau tak travel then xda lah nak update blog ni hehehe...anyway, kali ni saya pergi honeymoon dengan suami tersayang. Tp malangnya, planning & tiket flight pun dah beli siap semua, kerana urusan kerja saya terpaksa ke Penang untuk mesyuarat tapi hubby straight pergi langkawi.
Saya terpaksa bermalam di Penang kerana ferry dari Penang ke Langkawi hanya ada 2 trip sahaja iaitu belah pagi pukul 8.15 am & 8.30 am. So esoknya lah baru saya ke Langkawi dengan tambang ferry RM60 sehala & di nasihatkan beli lah online (http://www.langkawi-ferry.com) siap2 sebab kalau kene cuti sekolah rasa nya msti penuh kan dan pastikan setengah jam lebih awal dah ada di jetty, takut terlepas ferry.
Day 1
Ferry daripada Penang pukul 8.30 pagi bertolah, sampai di jetty langkawi dalam pukul 11 lebih. Hubby saya dah siap2 sewa motor ambik saya kt Jetty. Perjalanan nak ke tempat penginapan, kami singgah sekejap untuk makan tengahari di sebuah restoran. Hah hidangan memang banyak dan akan buat kita terliur tetapi hati-hati, tanya dahalu harganya baru lah ambik sebab harga kt langkawi ni tak sama dengan harga kita kt semenanjung ni.. Kami 2 orang makan jek dah habis RM20, kt KL lg murah kot...so, jgn lupa tnya harga dlu sebelum buat pesanan.
Kebetulan kami pergi bulan ni tgh musim hujan, so dengan bermotosikal memang lah tak sesuai sekiranya da bawa kanak-kanak. Baik rancang betul2 percutian anda semua, walaupun ke Langkawi jek. Nak sewa motor plak?? Hah ini adalah kedai yang kami suggest kan..senang jek nak dpt harga murah..tips nye, pagi2 sebelum kedai ini buka jek, dah kene terpacak kt kedai tu sbb hanya 2 customer pertama shaja yang akan diberikan harga special iaitu sewa RM18 per day utk sebiji motor. If not, kene ikut rate harga biasa la jawab nye..
Hari sebelum tu hubby saya kta dia stay kt budget hotel jek jenis dorm nye, murah sangat hanya RM15 satu malam tp sesuai untuk lelaki je la yek, kalau yang perempuan lagi-lagi islam, baik la cari hotel yang proper sket, biar lah mahal tp untuk keselamatan anda.
Ini adalah tempat penginapan hari pertama kami. Harga nya RM110 satu malam tp hubby saya dh booking awal2 lagi by call nego nego dpt la RM70, tp hubby saya kata tu kategori mahal tak berbaloi dgn hotel nye, cuba tgk...Kami booking 2 malam tp stay 1 malam jek sbb jumpe hotel lg best n berbaloi, nanti saya tunjukkan. Yang ni, not to go la better huhu...
Pada sebelah malam nye, kami pergi makan di sebuah restoran yang pelik name nye iaitu "Selera Lubuk Buaya" tp masakannye mmg sedap yang amat dan yang best nye, murah sgt..Should try have your meals here..
Kami try order Nasi Putih x2, sup tulang, sayur kangkung, daging masak merah & air carrot susu x2, baru anggaran dalam RM18 shj. Murah kan...So, kami plan tiap2 malam mkn kt sini hehehe =)
Selepas itu, kami terus pergi ke tempat jual tiket island hoping utk esok pagi. Kami jumpe yang paling murah di kedai ini hanya RM30 seorang.
Atau kalau nak lebih murah lagi, bolehlah hubungi Pak Man sebab dia lah yang menguruskan segala perjalanan Island Hopping ini.
Day 2
Pagi-pagi lagi kami telah check out then terus pergi chalet yang kami plan nk stay, much better & much cheaper. Environment nye pon sgt bagus & dekat dgn pantai, boleh nampak drp chalet yang kami menginap. Di sebabkan kami nak pergi island hopping, so kami tggalkan beg kami di receptionist chalet ni. Check in biasa la standard msti pukul 2 ptg melainkan ada kosong, mungkin boleh lah check in awal.
Satu malam hanya RM50 untuk kipas sbb time tu musim hujan & rasanya xperlu la kn aircond. Chalet aircond rasanye kalau xsilap RM60-70 satu malam. Katil nye jenis katil twin sharing siap da 2 layer, if family da children sesuai sgt & juga ada jenis double decker single-double, harga sama jek, yg bezakan adalah kipas or aircond shj. So should stay here k!
Then kami proceed utk pergi island hoping. Van dtg pick up kt tempat kite menginap & terus ke Jetty. Tempat pertama adalah Tasik Dayang Bunting. Dlm perjalanan tu, pemandu boat tu tunjuk kami bukit ni & tnye kami semua, rasa-rasanye mcm bentuk apa yek?? Cube pk kn hehe ='P
Perjalanan dalam 15 minit untuk ke Tasik Dayang Bunting & now dah sampai pon.. Jernih nye air kt sini..
Ini lah Tasek Dayang Bunting yang dimaksudkan itu. Tasek semulajadi yang wujuk di atas pulau ini & memang cantik. Apa lgi, time untuk mandi...Kpd yang xpandai berenang, hati-hati krn kt sini xda life guard, so apa-apa atas tggungan sndiri. Klu xyakin, sewa la life jacket & jgn risau, hampir 90% yang dtg cni memang pakai life jaket sbb kedalamannye hmpir 30 kaki.
Kemudian, kami ke tempat 'Eagle Feeding' tp malangnye, syarikat boat ini tidak bawa makanan ape-ape pun untuk helang ni & kami hanya dpt tgk helang yang berterbangan di celah-celah pokok shj lah.
Seterusnya ke tempat yang terakhir dlm island hopping ini adalah Pulau Beras kalau tak silap, lupe plak namenye..Fuh, air nye jernih yang amat, dah mcm pantai kt overseas...
Hah, hati-hati dgn harta benda anda sbb kt pulau ni pun ada penghuni lain yang sbuk cari makan hehe... Ntah beg siapa lah yang jadi mangsa ni, smpai kami dh nak balik pn xdpt kenal pasti siapakah empunya barang.
Kt pulau boleh juga kalau nk snoorkeling, jgn lupe bwa roti..bagi la roti dalam air, bnyak ikan dtg..
Letih dah setengah hari dengan island hopping. Kami balik ke chalet utk check in, siap2 mandi & keluar semula nk cari makan hehe...
Yang pelik nya, siang hari kami xjumpe langsung tempat makan yang best & lastly mne lg yg kami tuju hanya la McD huhu...
Semasa dalam perjalanan nak ke McD, kami terjumpa Butik Baju yang sangat klasik...cuba tengok butik ini yang dinamakan 'The Bus Boutique'...unik kan =)
Tengah cuaca yang panas, kami try pula coconut shake di sini....sedap...menghilangkan dahaga setelah penat berjalan kaki ke McD kn....
Hari dah petang bila kami sampai di chalet, kami bersolat & kemudian keluar ambil angin di pantai Chenang.
Kemudian, malam itu kami jalan-jalan sepanjang kedai2 di tepi jalan & makan malam di Restoran Mangga 2 seperti yang di sarankan oleh orang tempatan sini. So kami pun try la...ermmmm boleh la tahan tp sedap lagi restoran yang semlm kami makan rasa nya & murah hehehe =)
Day 3
Hari ini, kami pergi ke Cable Car Langkawi & ini kali pertama buat saya lah kan hehehe...jom...
Ini adalah pemandangan drp dlm cable car....=)
Ini pula pemandangan Air Terjun Telaga Tujuh drp atas cable car...
Inilah pemandangan daripada perhentian pertengahan cable car...hah belum smpai atas lagi ni...
Hah ini adalah di peringkat yang paling atas...kt cni jugak lah tempat hanging bridge tp time kitorg pergi hanging bridge tu tutup sebab cuaca yang tidak mengizinkan..nampaknye mmg tak de rezeki huhu..tp xpe, insyallah ada rezeki kami dtg lg heeee..=')
Teropong pn disediakan di atas ni FREE aje...tp bile berkabus penglihatan mungkin tidak begitu jelas..
Kemudian, kami pergi bermandi-manda di Air Terjun Telaga Tujuh. Sangat tinggi nak panjat tangga & bila sampai di atas mcm2 benda pelik yang kami jumpa hahhhh...nak tahu apa dia? Jom tengok gambar2 ini....hehehe...
Ini lah yang dipanggil Telaga Tujuh dimana terdapat tujuh telaga di atas ini & tidak pasti sesuai untuk mandi ke tidak sebab nampak mcm scary sket jek hehehe...Boleh mandi tapi tidak sehebat mcm mandi di air terjun bahagian bawah nya.
Hah...inilah dia keunikan mahkluk alam yang pelik...cuba teka, apakah binatang ini? Kulitnya bercorak cantik & lembut..
Ini pula pemandangan air terjun di bahagian tengah iaitu tempat yang sesuai untuk pengunjung mandi.
Kemudian, kami pergi melawat ke jeti kapal layar. Oleh kerana ada kenalan seorang kawan dari China di situ maka kami dibenarkan masuk ke kawasan tersebut untuk melawat & merasa lah juga menaiki kapal layar walaupun tidak berlayar =)
Balik jek chalet, sambung plak bersantai di tepi pantai chenang..kononya nak try
la naik payung tarik tu tp masing2 dah penat smlm & tak pe la,
simpan utk our next trip nanti hehehe..seronok jgk bersantai di tepi
pantai petang2 cmni..
Day 4 (Last day)
Hari terakhir kami pergi ke pekan di mana tempat orang kata coklat murah, periuk yang murah-murah & beli la skit2 sbgai buah tngan. Dalam perjalanan nk balik ke chalet, hujan lebat & kami terpaksa mencari tempat berteduh sehingga lah hujan berhenti.
Kemudian, singgah di untuk bershopping souvenir untuk kwn2 sekejap.
Sampai sahaja di chalet, kami pun bersiap untuk ke airport hehehe..masa untuk pulang =)
Will come again to Langkawi soon =)
kak nak tanyer tmpat akk makan kat slere lubuk buaya ngn sewe motor tu area mne yer? boleh emelkan x...plzzz...amalluvulillah@gmail.com
ReplyDeleteSalam dik...
DeleteKalau adik nk sewa motor, akk sarankan kt TShoPPe. kalau pergi bkn time cuti skolah, mgkin adik boleh dapat semurah RM18 satu motor untuk sehari (24 hours) tapi base on 1st come 1st serve. Rasanya mmg ini je kedai yg offer sewa motor murah sket nak banding yang lain.
That time akk stay di Grand Beach Motel di Pantai Chenang, so kedai motor tu berdepan je dgn motel tu.
http://grandbeachlangkawi.com/
Ok, tempat restoran lubuk buaya tu actually kalau dr grand beach motel & naik motor dalam 3-5 minit jek..xda la jauh pn tp nak guide dlm sini, xsure plak cmne.. cube try facebook restoran ini..hehehe...
https://www.facebook.com/pages/Restoran-Lubuk-Buaya-Pantai-Chenang-Langkawi/315333711815804
Hope its help. =)
Next time gi Langkawi, singgah la pulak merasa terbang bebas di udara dengan menaiki Paramotor :) Dapat terbang bebas, snap pic, amik video kawasan sekitar Pantai Chenang. Moh belek2 http://langkawigliders.com
ReplyDeletekak, nak tanya, kat mana tempat yang dalam gambar tu, yg jual tiket island hopping tu?
ReplyDeletekak tanya ..motor skuter je ka mereka sediakan ..atau ada lagi selain motor skuter
ReplyDeleteAda je dik motor jenis lain, yg cc besar pn ada..pelbagai jenis motor ada utk di pilih, ikut suka or kesesuaian la nk sewa motor mane ;)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete