My Pages

Friday, 13 December 2013

KOH PHI PHI - AO NANG, KRABI

Bahasa | English

HAT YAI - SONGKHLA - KOH LANTA (YAI) - PHI PHI ISLAND - AO NANG - KRABI
THAILAND
25 SEP - 4 OKT 2013


~~PLAN C~~
Koh Phi Phi (Phi Phi Island) - Ao Nang, Krabi

Hari Ke 8: Phi Phi Don - Ao Nang

Tiba di jeti Ao Nang, Krabi...


Inilah suasana di Jeti Ao Nang, Krabi. Kemudian kami menaiki sebuah trak penumpang ke hotel di Ao Nang. 


Sila pastikan anda tahu jarak tempat penginapan anda dari jeti ini kerana kami bernasib baik kerana pemandu trak ini nak hantar kami ke hotel penginapan kami walaupun ada sedikit jauh daripada kawasan pekan nya. Berhati-hati dengan teksi-teksi yang menawarkan perkhidmatan mereka di sekitar jeti ini kerana caj nya memang tidak masuk akal. 


Sekiranya tempat penginapan anda terletak jauh daripada kawasan pekan, anda boleh turun di pekan Ao Nang & kemudian ambil teksi untuk ke hotel anda. Tambang lebih kurang dari 10-30THB untuk seorang bagi perjalanan dalam kawasan pekan ini. Jauh atau dekat, tambangnya sama juga hehehe =)





Sekarang, kami tiba di Aonang Phutawan Resort....cantik tak?? hehee =)



Kemudian, kami pergi ke pekan Ao Nang & survey tempat nak makan pula..sangat sangat lapar...

Kami ambil teksi ke pekan hanya 10THB seorang & boleh pilih hentian mana-mana sahaja yang kita nak turun selagi ianya di dalam kawasan pekan ini. 




Akhirnya, kami jumpa lubuk makanan di pekan ini & semestinya Halal. Murah & memang sedap...




Sementara kami makan tenghari di sini, kami jumpa beberapa orang pelancong Malaysia juga & mereka plan nak pergi ke Pekan Krabi dengan menyewa sebuah van.


Inilah masa nya untuk shopping di pekan Krabi..
 


Inilah dia salah satu kedai cenderahati untuk di bawa balik ke Malaysia untuk kawan2 & sedara mara. Tetapi hati-hati bila membeli kerana mereka ini pandai bermain dengan harga, so jangan lupe untuk tawar harga nya. 




Kemudian, kami sepatutnya pergi makan malam di steamboat restoran. Tetapi bila sampai di sana, sememangnya penuh dengan orang & kebanyakkannya pula seperti orang-orang Malaysia juga. Malangnya, setibanya kami di sana dah kira lewat & kebanyakkan makanan dah habis.


Kami perasan di pekan ini memang kebanyakkan kedai tutup jam 8.00 malam waktu tempatan. So, sekiranya kalau anda ingin ke sini, kena lah datang di sini jam 6.00 petang lagi. =)



Akhirnya, kami makan malam di sebuah restoran tempatan sahaja...




Hari Ke 9: Emerald Pool (Sa Morakot), Pekan Krabi

Memandangkan pakej ke Emerald Pool dah habis. Kami pun rancang untuk pergi sendiri sebab memang itu agenda utama kami untuk di sini.

Atas nasihat orang tempatan, kami boleh ke Emerald Pool dengan menaiki motor & perjalanan lebih kurang dalam 1 jam dari pekan Krabi.

Awal-awal pagi lagi, kami sewa motor di sini. Memandangkan perjalanan yang jauh, maka ambil lah motor yang cc besar & mempunyai ruangan barang yang besar supaya lebih selesa. Tempat sewa motor ini murah juga & berdekatan dengan kedai 7-eleven di bahagian corner.

Since the tour to Emerald Pool is sold out. Then we planned to when there on our own. We were advised by local people that we may also use motorcycle to the Emerald Pool which estimated around 1 hour ride from Krabi Town.




Sebelum perjalanan pagi ini, kami sarapan pagi dengan makanan yang berat di sebuah kedai tempatan & sangat-sangat sedap. Saya suka sangat dengan makanan tempatan, rasa nya memang sangat unik..patut cuba...



Woohooooo....Jom kita ke Emerald Pool....


Singgah sekejap di gerai tempatan berdekatan dengan simpang masuk ke kawasan Emerald..




Sampi jugak di Emerald Pool, Krabi....


Caj kemasukan di kenakan, agak mahal sikit untuk pelancong berbanding orang-orang tempatan...



Di sini, ada 2 cara untuk ke Emerald Pool, 800 meter laluan tanah merah & 1.4km melalui laluan hutan dengan pemandangan pelbagai jenis kolam di sini...


Kami pilih untuk mengikut laluan yang jauh...hehehe...


Inilah Emerald Pool... 


Pada masa yang sama, kami jumpa dengan salah seorang selebriti Malaysia yang sedang buat pengambaran nya di sini...iaitu Qi Qusyairi..

Jalan lagi ke atas sejauh 800 meter untuk ke Blue Pool.....


Hari Ke 10: Hari Terakhir di Ao Nang, Krabi


Jom kita jalan-jalan & shopping...



Merasai makanan tempatan untuk kali terakhirnya...hehehe...



Krabi International Airport...bersedia untuk pulang dah...muka pun dah kepenatan...

Tapi akan kembali lagi Insyallah...=)

No comments:

Post a Comment