Bahasa | English
KUTA - UBUD, BALI
24 - 28 April 2013
Kali ini 'Company Incentive Trip' ke Bali, Indonesia pula. Boleh tahan susah jugak nak arrange company trip ni...tp pengajaran yang bagus gk untuk dipelajari. Ini story kami di Bali.... =)
Hari Pertama
Flight kami dari KLIA jam 8.50 pagi & terpaksa lah kami sume berada di airport jam 7 pagi sebab tiket booking on group.
Ini masing-masing tengah sibuk nak isi kad untuk visa, padahal boleh jek isi atas flight nanti hahaha..tp xpe, sentiasa bersiap sedia terlebih dahulu...
Sampai di airport Denpasar, Bali pada 24 April 2013 pagi dalam pukul 12 tengah hari. Ground arrangement kami di uruskan oleh Bali Ceria Tours & ketibaan kami disambut oleh Tour Guide daripada Bali Ceria Tours iaitu Pak Gedek.
Destinasi pertama kami adalah ke Jayakarta Beach Resort & Spa untuk makan tengah hari, lebih kurang 15 minit daripada airport.
Ini adalah station bayar parking semasa hendak keluar daripada kawasan airport, jauh beza dgn tempat parking di Malaysia & harga parking pn tak payah nak kata lagi lah ehhehe...
Ini pula mengingatkan ku dgn design bangunan di Jepun...
Kawasan sedang di dalam pembinaan & sepatutnya kawasan tersebut kene ditutup/dihalang oleh pandangan orang awam.
Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit & sampai lah kami di Nusa Dua Beach Hotel untuk Lunch.
Ini lah sebahagian group kami. Hahhh...tengok tu, masing-masing masih lagi berkalungkan bunga yang diberikan oleh Bali Ceria Tours semasa ketibaan kami di airport..hahaha..
Menu yang telah tersedia di pelbagai cafe/restoran dalam resort ini...sangat elegan...
Salah satu statue air pancut & decoration di dalam hotel ini...
Jom...di sini lah kami habiskan masa untuk makan tengahari kami...cuaca nya macam ada panas sket drp cuaca di Malaysia...huhu...
Ok..This is our Lunch Menu...nyum nyum....
Keropok pedas.. =)
Kuah Pindang Salem misi Blimbing Wuluh > Kuah Pindang Salmon Vs Belimbing Buluh...agaknya la kot hheheehe...sedap jgk..
Nasi & Ayam Betutu > rasanya lebih kurang mcm ayam masak rendang kering & ada sayur kacang panjang yang halus digoreng dengan rempah ratus...boleh tahan sedap jgk....Cuma pelik sket sebab xda kuah huhu...
Dessert nya ialah Dadar Gulung > Di situ ada ais-krim perisa halia, sedap tp pelik la sket sebab rsa halia kan...ada 2 kueh gulung & inti kelapa yang 1 manis & 1 kurang manis rsanye...warna kuning to jeruk mangga kering....sedap sedap sedap...
Masing-masing dah kekenyangan...hahaha...
Sesi penyampaina cenderahati oleh syarikat kami kepada manager hotel ini kerana menaja jamuan tengahari kami ini...
Cantik menara ini yang dibina daripada buah-buahan...semua ini buah-buahan original, jgn cuba di rumah yek...
Time utk round-round di kawasan Jayakarta Hotel ini....cantik pandai nya...
Contoh bilik Jayakarta Hotel ini & best utk honeymoon sebab bilik air ada jendela utk meninjau ke bilik tidur...romantiknya...hehehe....
Saje bergambar dengan pekerja hotel ini... =)
Unik nya, di sini ada ruangan untuk membuat teh & bahanya original dan ada mcm-mcm jenih teh boleh try...
Kemudian, kami bergerak ke Uluwatu Temple.
Sebelum masuk, kami di berikan sehelai kain seperti selendang setiap seorang & disuruh ikat di pinggang masing-masing. Mungkin ini untuk menunjukkan bahawa kami adalah pelawat. Bila diperhatikan, setiap pelawat yang memakai seluar pendek atau skirt pendek, mereka kena pakai seperti sarong. Mungkin ini adalah sebagai tanda hormat semasa berada di kawasan kuil mereka untuk sentiasa berpakaian yang sopan.
Di sini juga dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat banyak Monyet yang sangat suke mengambil barang-barang pengunjung di sini. Kami dinasihatkan supaya tidak memakai topi atau kaca mata hitam bagi mengelakkan tarikan terhadap monyet-monyet di sini..so berhati-hatilah anda bila berada di sini ya
Tengak lah group ini, seronok agak nya dapat melawat Uluwatu Temple hehehe.. =P
Kemudian, kami ke Garuda Wisnu Kencana, tempat dimana di katakan terdapatnya kepala Burung Garuda yang besar sangat-sangat. National Airline Indonesia dinamakan Garuda bersempena nama burung ini. Sebenarnya, tidak ada pun burung yang dipanggil Garuda di alam realiti ini tetapi burung ini wujud di dalam alam kepercayaan orang-orang Budha iaitu burung Garuda yang besar ini merupakan seekor burung yang dijadikan sebagai pengangkutan oleh tuhan mereka. (Kalau saya tak silap dengar lah hehehe...)
Di bahagian depan sebelum ke pintu masuk ada terdapat beberapa buah patung-patung yang melambangkan tuhan-tuhan bagi orang-orang yang berkepercayaan Budha. Kalau tak silap ada 8 buah patung yang berlainan di luar sini & di antara nya:
Dah...jom kita masuk & tengok ada ker kepala Burung Garuda yang di ceritakan itu...
Hah, masing-masing terpegun tengok....
Itu dia Kepala Burung Garuda yang di sebutkan tadi...kepala sahaja terletak di atas bukit itu...besar kan....
Ini adalah sebahagian daripada ahli-ahli group kami bersama-sama our CEO hahaha..
Di belakang kepala burung garuda tu, terdapat sebuah patung di mana kepercayaan orang budha, ini lah tuhan mereka yang menggunakan burung garuda sebagai pengangkutan dia...tetapi ingat, ini hanya lah di alam kepervayaan mereka.
Disebelah itu pula, pemandangan daripada atas bukit ini...cantikkan...dari jauh tengok dah mcm kt great wall of china...hehehe...
Erm ok, dah nak maghrib dah ni...jom kite pergi dinner plak...So kami makan seafood malam ini di Gekko Fresh Grilled Seafood, Jimbaran Beach.
Ini dia, semua orang dah sibuk dgn makanan masing-masing dah..tak pandang kiri kanan lagi dah hahhaa...
Ini adalah set seafood yang disediakan buat setiap sorang & sangat sedap...ada udang, sotong, ketam, kepah, ikan..perh memang sedap..
Sesiapa yang datang ke Bali, jangan lupa datang ke sini untuk rasa masakan seafood nya...sangat sedap & yang best lagi ialah tempat makan nya open air menghadap laut..sambil makan boleh menikmati angin malam, ada persembahan tarian tradisional lagi, dan bunyi ombak yang sangat kuat..best sangat...
Ini plak bagi sesiapa yang datang untuk honey moon, ada tempat makan yang disediakan untuk couple, dah mcm candle light dinner & betul betul menghadap laut dengan ombak besar...sangat romantik...wajib pergi & try...hehehe...insyallah akan datang lagi sekali dengan my husband...hahaha...
Masa untuk check in ke hotel....Hard Rock Hotel, Bali....
Masa mula dah check in, kami semua nak ke bilik masing-masing tetapi sesat sebab tak tahu nak baca nombor bilik kami hehehe..selalu nya kalau kt Malaysia, nombor yang pertama tu melambangkan level tapi kt sini, nombor pertama tu adalah wing/bahagian, nombor yang kedua tu baru lah level, nombor seterusnya baru lah nombor bilik...first time datang sini kan, masing-masing kelam kabut la cari bilik hahaha...kelakar betul...so if you are here, don't get confius ya =)
Ini adalah standard room di Hard Rock Hotel Bali, besar & best...seronok ni kalau pergi untuk honeymoon...ada jakuzi tub, bukan bath tub tau...hehehe...
Hari ke-2
Morning breakfast di Hard Rock Hotel, Bali....
Morning Walk..... =)
Kemudian, kami berkunjung ke Taman Ayun Royal Temple yang juga terdapatnya kuil serta sejarahnya yang tersendiri...
Tempat di mana di katakan orang-orang zaman dahulu untuk mengadakan pertandingan sabung ayam bertujuan untuk upacara tumpah darah mengikut kepercayaan orang hindu zaman dahulu...
Tiba-tiba, terjumpa sign board ini hehehe...sign board ini merupakan amaran buat golongann wanita kerana tempat ini merupakan tempat suci bagi kepercayaan mereka. So, hati-hati bila anda ke sini ya hehehe...=)
Ok, time for lunch....jom....
Kitorg pergi lunch di restoran nun jauh di atas bukit hehehe....
Inilah laluan menghala ke Jatiluwih Village bagi sesiapa yang ingin lihat Rice Terraces tapi oleh kerana kami menaiki bas & tidak boleh untuk masuk ke laluan kecil nya melainkan jalan kaki. So kami decide tak masuk la...
Inilah Mentari Restaurant yang menghidangkan makanan masakan Padang...Sedap tau....
Ini adalah bahagian bawah restoran..
Lepas makan, kami menunaikan solat dahulu di masjid yang berhampiran. Seperasan saya la, sepanjang kami berada di Bali, ini lah masjid yang pertama yang kami jumpa. Itu pun tengah dalam renovation lagi...cantik...
Ini pemandangan masjid tersebut dari restoran kami makan itu..
Masjid Besar Al-Hidayah
Seterusnya perjalanan kami adalah melawat ke Ulun Danu...
Semasa dalam perjalanan masuk tu, kami jumpe kereta police ini...wah..dh mcm kereta polis kt eropah jek tp ada jugak di sini kan...hahaha...
Inilah pemandangan di dalam kawasan Ulun Danu...cantik...cuaca agak panas tp berangin..
Hah...kalau nak tahu, inilah committee kami yang sangat sporting apabila di luar waktu kerja...hehehe...
Kami teruskan perjalanan untuk pulang ke hotel...tetapi semasa dalam perjalanan balik tu, singgah sebentar untuk makan durian beramai-ramai...hahaha...durian oversea k,rugi xrasa hehehe...
Malam ini dinner di Kuta Palace Hotel.
Morning breakfast di Hard Rock Hotel, Bali....
Morning Walk..... =)
Kemudian, kami berkunjung ke Taman Ayun Royal Temple yang juga terdapatnya kuil serta sejarahnya yang tersendiri...
Tempat di mana di katakan orang-orang zaman dahulu untuk mengadakan pertandingan sabung ayam bertujuan untuk upacara tumpah darah mengikut kepercayaan orang hindu zaman dahulu...
Pemandangan semasa berada di dalam kawasan Taman Ayun....
Tiba-tiba, terjumpa sign board ini hehehe...sign board ini merupakan amaran buat golongann wanita kerana tempat ini merupakan tempat suci bagi kepercayaan mereka. So, hati-hati bila anda ke sini ya hehehe...=)
Kitorg pergi lunch di restoran nun jauh di atas bukit hehehe....
Inilah laluan menghala ke Jatiluwih Village bagi sesiapa yang ingin lihat Rice Terraces tapi oleh kerana kami menaiki bas & tidak boleh untuk masuk ke laluan kecil nya melainkan jalan kaki. So kami decide tak masuk la...
Inilah Mentari Restaurant yang menghidangkan makanan masakan Padang...Sedap tau....
Ini adalah bahagian bawah restoran..
Sedap...kene cuba satay nya...rasanya seperti Sata di Malaysia....hehehe...
Ini pemandangan masjid tersebut dari restoran kami makan itu..
Masjid Besar Al-Hidayah
Seterusnya perjalanan kami adalah melawat ke Ulun Danu...
Inilah pemandangan di dalam kawasan Ulun Danu...cantik...cuaca agak panas tp berangin..
Hah...kalau nak tahu, inilah committee kami yang sangat sporting apabila di luar waktu kerja...hehehe...
Dalam perjalanan behampiran ke Hotel penginapan kami. Kami melalui kawasan yang dikatakan telah di bom pada 22 Oktober 2002. Terdapat tugu peringatan bagi mereka-mereka yang telah terkorban dan nama-nama mereka juga disenaraikan di tugu tersebut.
Hari ke-3
Ini lah breakfast saya pagi ini heee...
So pagi ini kami kene check out untuk ke Ubud & stay di hotel area Ubud. Sebelum itu, kami singgah dahulu di Batu Bulan Village untuk lihat Barong Dance.
Kemudian, kami lunch do Kintamani Restaurant iaitu yang terletak di atas bukit & berdekatan dengan Kintamani Volcanoe. Masih boleh lihat dengan jelas bekas tumpahan larva disekelilig gunug berapi tersebut.
Hah apabila turun di kawasan ini, tolong berhati-hati kerana penjual-penjual di sini seperti nak memaksa pengunjung untuk membeli barang mereka. Sekali tanya je harga, memang berkemungkinan besar penjual itu akan pastikan kita beli jugak. Nak beli boleh tapi disarankan berhati-hati.
Inilah dia Kintamani Restaurant....lapar nya...
Sekarang, kita sudah sampai di Ubud & check in di Champlung Sari Hotel.
Setelah check in, kami pun apa lagi, keluar pergi ke pekan Ubud & shopping..hehehe..
Inilah dia tempat nak shopping kt Ubud...murah tapi makesure kene pandai tawar la heheeh...
Time dinner kami makan di Restaurant Padang di area Ubud ini....
Night walk...lepas dinner kami jalan ke Cafe berdekatan untuk dengar Live Band. So jumpa lah satu tempat ini main lagu-lagu Regey..best gk...
Day-4
Selepas sarapan, kami pergi ke spa..hah first time nak pergi spa ni kan..sgt sgt la excited...Kami dah buat tempahan semalam & pe lagi, masing2 xnak melepaskan peluang keemasan ini..
Persekitaran spa yang dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau..terasa sgt sejuk bila masuk ke kawasan ini...
Sekarang masa untuk check out & pulang semula ke Hard Rock Hotel, Bali. Tapi sebelum itu, kami singgah di Beras Merah Restaurant untuk lunch...
Kemudian, kami dikejutkan dengan permainan gendang mereka & pelik la jugak untuk apa ea?? Rupa-rupanya mereka nak persembahkan SATE 1 METER....hahhhhh special tak???
Dah kenyang perut...apa lagi, free & easy time...
Waktu ini, saya pergi jalan-jalan di Pantai Kuta ambil angin...ramai betul orang mandi & bersantai..seronok tengok gelagat orang yang pelbagai...
Malam ini kami dinner di Hard Rock Hotel sahaja..
Last program kami pada malam ini adalah bershopping sebab esok pagi-pagi dah nak fly pulang ke Malaysia.
Travel agent kami siap sediakan sebuah kereta untuk ke tempat shopping 24jam yang dikatakan murah..sebuah kereta so First come First serve la hehehe..
Inilah dia, Krisna Oleh-oleh Khas Bali. Tempat ini kalau di Malaysia mungkin lebih kurang macam Mydin gitu lah...jom shopping...
Day-5
Selamat berlepas pulang ke Malaysia =)
Jumpa lagi....ehehhe...

No comments:
Post a Comment