7 March 2014
Tiba-tiba hari Jumaat ini rasa nak cuti & aku plan nak bawa family aku ke LegoLand Malaysia. Tetapi memandangkan anak aku kecil lagi & kami putuskan untuk pergi ke LegoLand Water Park.
Tak pernah sampai lagi di sini, sampai sesat-sesat nak cari jalan..so pastikan jangan sesat, nanti buang masa untuk cari jalan je...
Tak pernah sampai lagi di sini, sampai sesat-sesat nak cari jalan..so pastikan jangan sesat, nanti buang masa untuk cari jalan je...
Kalau nak beli tiket, boleh beli online di www.legoland.com.my nanti dapat diskaun 20% tapi pastikan 7 hari sebelum tarikh nak pergi tu. Kalau macam aku ini beli terus di kaunter tiket sebab itu yang dicadangkan oleh customer servis nya lepas aku kol.
Untuk Water Park, tunjuk sahaja IC nanti dapat lah harga macam ini:
Dewasa (12-59) RM95 seorang siap dengan baucer makan RM10
Kanak-kanak (3-11) & warga emas (60 tahun ke atas) RM75 seorang siap dengan baucer makan RM10
Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) RM10 seorang siap dengan 2 keping diapers renang
Tetapi tiket kanak-kanak umur bawah 3 tahun kena beli di tiket kaunter khas water park.
Pesanan untuk ke LegoLand Water Park ini:
1) Parking kereta di Zon3 kerana lagi dekat untuk ke kaunter tiket LegoLand melalui Meridin Mall, 5 minit sahaja. Parking sehari RM7.
2) Jangan bawa terlalu banyak bag sebab tempatnya luas & dicadangkan bawa bag beroda. Jangan bawa barang-barang berharga kalau hendak tinggalkan barang di tempat terbuka. Tetapi jangan risau, loker berkunci ada disediakan.
3) Makanan luar tidak boleh bawa masuk tetapi ada banyak kedai makan di Meridin Mall macam Old Town, KFC, Burger King, Johor Favourite, Cool Blog & macam-macam lagi, tak boleh nak ingat dah.
4) Bila dah masuk ke dalam, boleh keluar kalau kalau nak pergi makan di Meridin Mall tu. Tetapi boleh keluar sekali sahaja. Pergi ke gate keluar/masuk tu & nanti staff situ akan cop tiket masuk tu. Pastikan tiket masuk itu jangan hilang.
5) Untuk kanak-kanak, tak perlu bawa pelampung atau jaket pelampung sebab di dalam sudah disediakan semuanya & FREE, tak perlu bayaran tambahan apa-apa pun.
6) Water park buka dari jam 10 pagi sehingga 6 petang sahaja. Tempat ini tutup memang sharp. So, makesure sebelum pukul6 sudah siap-siap salin baju & berkemas. Kalau tak kesian staff staff nya kena tunggu hehehe..
Pada pendapat aku, memang sangat best pergi LegoLand ini. Memang bayaran nya mahal tetapi berbaloi. Memang puas hati. Tiket bayar masuk je dah merangkumi semua perkhidmatan kat dalam tu kecuali makan lah hehehe..
Ini gambar-gambar yang sempat aku capture di sana dengan anak aku seorang ini =)
Jom main lego.....yeaaahhhh....
Masa untuk makan....nyum nyum....
Ingat, jangan panjat yek hehehe...
Setakat ini sahaja lah...insyallah ada rezeki kami akan ke Legoland Themed Park pula...
=)
Haii schya...akak pun baru pg ker waterpark. Jom kunjung ke rmh akak Plak.
ReplyDeletewww.noramizaahmad.blogspot.com