My Pages

Sunday, 10 June 2012

TASIK DANAU TOBA, MEDAN, INDONESIA

TASIK DANAU TOBA, MEDAN

 4 MEI – 8 MEI 2012

Day 1

Untuk pertama kalinya saya bersama-sama suami berbulan madu la katakan. Kami dah tempah tiket flight ni tahun lepas time Air Asia buat promosi. Flight kami pukul 7.45 pagi dan minta tolong hantar kami ke KL Central & daripada KL Central kami naik AeroBus ke LCCT, tambang hanya RM8 seorang sehala. Kalau naik Skybus mahal sket la, pergi LCCT RM10 dan balik dari LCCT RM9 plak, pelik la jugak, tengok bus sama je sebenarnye, tak de beza pun.

Selepas settle semua check in & kami pun terbang melintasi selat Melaka menuju ke Medan. Kami sampai di Polonia International Airport, Medan dalam pukul berapa tak ingat plak tetapi penerbangan makan masa lebih kurang 45 minit jek. Nasib baik masa pergi ni kami memang tak de pre-order makanan, kalau tidak tak sempat nak makan nanti dah nak mendarat. Waktu kat sana lewat 2 jam daripada waktu Malaysia.

Selesai semua proses dalam airport, kami pun menuju keluar untuk mencari Tuktuk (kenderaan awam) yang selesa dan murah untuk ke Ajibata iaitu jeti untuk menaiki feri ke Danau Toba

Selamat lah suami saya ni memang orang yang suka buat research, so sebelum pergi lagi die dh study selok belok perjalanan ke sini. Keluar je dari pintu airport tu, dah ramai driver teksi yang offer perkhidmatan pada kami & suami saya kata kalau nak murah kene keluar jalan kaki dari kawasan airport tu, ambik becak (beca bermotor) untuk ke terminal bus. Kami pun jalan keluar daripada airport dalam 5 minit sahaja akan jumpe la jalan besar yang berdekatan dengan Petronas. Kat situ banyak sangat becak yang menanti. Tukang bawa becak ini akan charge 30,000rp dan suami saya terus tolak sebab die dah study kan, so die tau lah juga anggaran berapa setiap kos perjalanan ini. Suami saya minta 10,000rp untuk bawa 2 orang ke terminal bus, mula-mula orang tu tak nak tapi tengok kami nk gerak pergi cari kt tempat lain terus die setuju. So mean memang betul la kan harga nya 10,000rp, takut sebab nampak macam pelancongan jek, terus ditekan dengan harga yang tinggi. 

Kami pun berhimpit lah jugak naik becak tu, kalau pergi 2 orang suami isteri boleh lah, tapi kalau bawa family & lagi kalau ada kanak-kanak, baik lah sewa kereta Innova selesa lah sikit & selamat. Naik becak ni untuk jimat boleh lah tapi tak berapa selamat sebab terdedah dengan kenderaan-kenderaan berat yang lain. Sehala kami nak ke terminal bus tu, kami singgah sekejap Money Changer untuk tukar duit sebab masa kt Malaysia tak sempat nak pergi tukar duit pun, sibuk dengan kerja nak kene settlekan sebelum bercuti ini. Banyak juga lah dapat tukar berbanding kalau kita tukar di LCCT.

Kemudian kami sampai ke terminal bas dan cari bas sejahtera atau ada satu lagi tapi lupa la plak bus apa untuk ke Ajibata, perjalanan makan masa dalam lebih kurang 4 jam. Apa yang suami saya study, dia disarankan supaya naik bas yang ada aircon sebab tak de la orang-orang yang bawa barang pasar naik bas macam bawa ayam ke, ayam hidup bukan ayam mati, itik dan macam-macam lagi la. Tapi kami tak bernasib baik sebab bas yang aircon tak de, so yang ada memang bas tak de aircon. Bila tanye driver kata nya ada aircon tapi bila dah jalan, panasnya dah macam dalam ketuhar. Tapi tak pe la, sebab nak berjimat punya pasal, tambah plak pengalaman baru, kami pun jalan je la. Dalam bas tu ada la jugak pelancongan asing yang lain sebab mat salleh kan, tengak warna kulit pun dah tau pelancong, lain lah mcm kami ni kan tak boleh nak beza la dengan orang tempatan sana tapi cara pemakaian kami lah nampak macam pelancong. Ada baik dan buruknye juga bila kami dilihat sebagai orang tempatan sana. Perjalanan yang memakan masa sampai 4 jam lebih dengan jalan yang banyak selok belok, bas plak jenis bas awam yang berhenti2 sampaikan perut kami lapar yang amat. Saya nasihatkan sape nak pergi naik bus ni, pergi la makan siap2 dulu, kalau tak memang akan masuk angin. Kebetulan suami saya ada belikan roti untuk kami alas perut dahulu, bila tengok cara packaging macam kek, nampak sedap tapi bila di makan, tak tahu la nak bayangkan apa sebenarnya yang kami makan ini, nak kata roti macam bukan roti, nak kata kek pun macam bukan kek. Sebabkan tu, bila suami saya nak pergi tempat lain beli pun saya tak nak.

Walaupun tidak berapa selesa tapi pengalaman tu cukup la menarik buat kami. Selepas 3 jam perjalanan, tiba-tiba suasana macam berubah menjadi dingin sejuk, hilang rasa panas. Kami telah memasuki ke dalam kawasan bukit-bukau yang mengeliling Tasik Danau Toba. Semakin tak sabar rasanya untuk sampai ke destinasi. Sepanjang laluan itu, jalan nya memang banyak selok-belok dan turn naik bukit dengan bas yang macam nak pergi perang, boleh la bayangkan betapa tak sabarnya kami nak sampai untuk hilangkan semua sakit-sakit sendi setelah 4 jam berada dalam bas. Bila hampir sampai di Ajibata, kami diberitahu laluan yang selalu digunakan tutup sementara waktu kerana terdapat majlis sedang berlangsung dan kami diberhentikan disebuah simpang, so terpaksa la jalan sikit dalam 5 minit. Kami turun, rupanya pelancong yang lain juga turut turun, mungkin kami menuju ke tempat yang sama dan suami saya sempat juga berborak dengan mereka, pelancong daripada Finland tapi mereka tak stay di tempat yang sama kami menginap. 

Kawasan situ adalah kawasan orang-orang batak dan boleh dikatakan 10% jek orang beragama islam, kira satu cabaran la buat kami untuk cari makanan halal. Sampai di Ajibata, kami pergi cari makan dahulu. Suami saya bertanya juga dengan orang tempatan hala tuju ke Restoran Halal dan kami terpaksa jalan kaki lagi 5 minit di laluan yang sepatutnya bus lalu tadi tapi oleh kerana ada majlis, mereka terpaksa ubah haluan. Kami melintasi juga majlis tu, tapi tak de la besar mana pun. Bila Tanya orang tempatan, katanya majlis raikan ulang tahun orang tua. Hehe..ada sedikit kelakar la juga bile dengar kan. Biasa la, tu mungkin adat resam orang batak kn. 

Kemudian tiba la kami di Restoran Murni iaitu restoran halal untuk orang beragama islam makan. Di kawasan situ ada lagi 2 restoran islam, yang satu tutup dan yang satu lagi mahal, so sape nak pergi nanti cari la Restoran Murni yek. 


Ini lah yang kami makan di Restoran tu sampai kami tambah 1 lagi nasi di kongsi 2 sebab perjalanan yang jauh sebelum tu kn, dah terlalu lapar sangat. Yang bestnya makanan diorg dihidang dalam bentuk set tak macam kt Malaysia, harga di caj ikut apa yang kita ambil kan. Saya ambik ayam goreng dan suami saya ambik ikan nila goreng sambal, masing2 siap dengan nasi skali. Kalau nampak dalam gambar lauk yang lain, tu memang dah ada dalam set nye akan diberikan sayur. Yang nampak macam kuah kari tu sebenarnya gulai n gulai dia sangat sedap, bukan di restoran ini sahaja, kalau di tempat lain makan pun kami akan minta kuah gulai tu dan ternyata memang gulai tu masakan utama mereka. Anggaran kami makan ni ayam (15,000rp) dan ikan (13,000rp), kira dalam RM8.40 untuk 2 set ni.  

Perut pun dah kenyang, kami nak menuju ke Jeti semula tapi suami saya singgah kedai runcit nak beli maggi cup, in case kalau kami tak jumpe la restoran halal nanti. Jangka nak beli maggi jek tp banyak tambah plk dengan selipar sebab kami datang pakai kasut dan nak jimat kan baggage, suami saya pakai bagpack yang besar macam nak naik gunung tu dan saya je la berlenggang hehe..kesian suami saya sampai sakit belakang bawa beg. 

Kami dah buat booking di Carolina Cottage Hotel, terletak di Tuktuk. Bila sampai di jeti terus dah nampak Carolina Cottage punye feri, wah macam special plak nampak, Carolina Cottage ada feri sendiri. Kami naik feri tu dan terus menuju ke Carolina Cottage dengan bayaran 7,000rp seorang. Perjalanan menuju ke Tuktuk dalam 30 minit dan sambil tu kami menikmati la keindahan pemandangan Tasik Danau Toba tu, kene plk suasana yang begitu dingin sejuk nya. Lagi sejuk rasa nya daripada Cameron Highland Malaysia.


Setelah tiba sahaja di Carolina Cottage, kami amat tertarik dengan kedudukan bilik yang betul-betul berhadapan dengan Tasik Danau Toba. Reka bentuk cottage tu adalah reka bentuk rumah orang batak dan saya pun berpesan pasa suami minta bilik yang betul-betul berdepan dengan Tasik ini, akhhirnya dapat sebab kami sampai pada hari Khamis, so tak de la orang sangat. Bilik yang kami pilih ni bilik economy beach (Twin bed sahaja) dengan harga 90,000rp jek, kami dah book untuk 2 malam jek, tapi at last extend lagi satu malam sebab tak puas rasa stay kt situ.

Ini gambaran bahagian hadapan bilik yang kami stay tu dan kami request bilik yang belah kiri tu sebab bukan laluan utama orang lalu lalang, so ada la privacy sikit kalau bagi yang baru nak honeymoon. 



Ini plak adalah pemandangan dari atas bilik kami menginap dan di situ juga tempat feri berlabuh seharian. 


Dalam pukul 6 petang, kami merancang untuk bermandi-manda di Tasik Danau Toba ni sebab Cottage ini ada menyediakan tempat untuk bermandi-manda di tasik Toba ni. Dalam nye tasik ni memang tak ley nak kata lah, saya yang tahu berenang pun tak ada rasa confident nak berenang bila tengak tenang nye air tasik tu. Tapi tetap cuba jugak mandi di tepian sahaja la kan untuk dapatkan pengalaman. Tak dapat nk di katakan betapa sejuk nya air tasik ni dah macam duduk dalam ais. 


Di sana, pukul 6 petang jek hari dah mula gelap sebenarnya & waktu yang sesuai untuk mandi tasik ini adalah pada pukul 5 sebab cuaca tak da la sejuk sangat macam waktu pukul 6 ini. 

Lepas solat Maghrib, kami keluar pergi cari tempat nak isi perut plak kerana Cottage tu tak de sediakan makanan halal untuk orang yang beragama islam. Kami berjalan ke kawasan penduduk tempatan dan terdapat 2-3 buah sahaja restoran halal yang berdekatan. Kami memilih untuk ke Restoran Islam Murni dan memesan Mee Goreng & Mee Rebus. Untuk pertama kali dan terakhir kami memesan masakan panas sebab tidak boleh masuk selera dengan masakan mereka. Mungkin baik lagi sekiranya pesan nasi putih dengan lauk-pauk sahaja. Sambil kami makan, tiba-tiba pemilik restoran tersebut datang dan duduk bersama berbual mesra. Dia beritahu serba-sedikit selok belok kawasan di situ dan menyarankan kami untuk menyewa motor sekiranya ingin berjalan-jalan sekitar pulau itu. Kemudian beliau offer sekiranya ingin menyewa motor boleh la berjumpa dengan dia.


Day 2

Memandangkan kami lewat keluar, so sarapan pagi digabungkan dengan makan tenghari. Kami makan tenghari di Restoran yang lain turut berhampiran, jalan kaki lebih kurang 5 minit jek. Seperti biasa la lauk yang di hidang memang tak kan tinggal kuah Gulai mereka. 

Kemudian kami keluar jalan-jalan untuk round ke kawasan yang berdekatan dan membeli serba sedikit souvenir untuk family. Kami membeli mafla dengan sulaman Lake Toba untuk kenangan sendiri hanya 10,000rp (RM3.40) tetapi bila terkenangkan family & kawan2 di Malaysia, kami pun plan nak beli lebih. Suami saya pun mencadangkan untuk menyewa motosikal meronda kawasan tersebut sambil mencari mafla yang kami ingin belikan untuk semua di Malaysia dan kami berpatah balik untuk berjumpa dengan pemilik restoran islam murni semalam bagi menyewa motosikal nya. Kami pun menyewa selama 2 jam sahaja (30,000rp) kerana dah plan nak mandi tasik lagi hehe..

Puas kami pusing di kawasan yang berdekatan dan singgah ke beberapa buah kedai cenderahati semata-mata untuk mencari mafla sahaja memandangkan harga dan kualiti yang sangat berbaloi. Setelah penat mencari, hampir sebanyak 26 helai mafla bermacam-macam warna dan design kami beli untuk buat kenangan sendiri dan teman-teman.

Pukul 6 petang kami balik bilik dan bersiap sedia untuk terjun ke dalam tasik danau lagi. Ini adalah salah satu tempat untuk bersantai di Tasik Danau, kalau nampak ada di pasang sempadan bagi penduduk Cottage untuk bermandi-manda & di sini lah kami cuba untuk menyelamkan badan dalam air tasik.



Day 3

Hari ini sepatutnya hari terakhir kami di Pulau Samosir, tapi apakan daya keindahan Tasik Danau Toba ini membuatkan kami untuk extend lagi sehari. Pada asalnya, kami sepatutnya akan bermalam di Berastagi tapi memandangkan kebanyakkan mereka yang pergi ke sana kata tempat itu sama seperti Cameron Highlands. Memandangkan kelainan keindahan Tasik ini yang memukau hati, kami pun merancang untuk sewa motosikal pemilik restoran itu lagi untuk bersiar-siar di dalam Pulau Samosir itu. 

Selepas kami siap-siap isi perut di Restoran Islam Murni tu, terus kami bersiar-siar di sekitar sebahagian Pulau Samosir. Dalam perjalanan kami ke Pasar Tomok (Pasak Orang Batak), kami terjumpa satu kedai Bakery Halal iaitu Bakery Samuel dan singgah sebentar untuk bungkus dibawa balik Cottage. 




Ini lah roti yang kami beli perisa coklat, kelapa, kacang tanah+coklat berharga 2,000rp sebiji. Sedap & lembut, tak rugi beli dan rasa sendiri di Kedai Bakery Samuel. Mula-mula kami order sekotak, tapi sedap plak rasa, tambah lagi sekotak. Sekotak ada dalam 4 biji.


Lebih kurang 30minit kami tiba di Pasar Tomok. Pesan orang-orang tempatan kene berhati-hati ketika hendak shopping di Pasar Tomok. Kalau tak nak beli, jangan tawar harga sebab bila dah tawar tapi tak jadi beli memang akan kene marah. So kami pun sangat la berhati-hati bile hendak membeli sesuatu barang tu. Ada jugak kami dimarah bila dah tanyakan harga tapi kami tak nak beli.


Ini adalah contoh gambar Rumah Orang Batak yang asli kami jumpe semasa di Pasar Tomok. 


Pemandangan sepanjang perjalan pulang kami ke Cottage. 



Day 4

Hari ini adalah hari terakhir kami di Tasik Danau Toba, terasa seperti ingin tinggal selamanya di sini tapi apakan daya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 

Kami bertolak semula ke Ajibata dan merancang untuk singgah di Berastagi dan Air terjun Sipiso-piso. Setibanya kami di Ajibata, terdapat seorang lelaki berpakaian uniform warna coklat memperkenalkan charter mobil syarikat mereka untuk ke Medan dan kami meminta untuk singgah di tempat2 tersebut, kami disuruh untuk tunggu sekiranya terdapat pelancong yang ingin menuju ke tempat yang sama memandangkan harga sewa sebuah kereta tersebut yang dikenakan agak mahal. Sehingga hampir 1jam kami menunggu dan berunding dengan lelaki tersebut dan suami saya rasa agak tidak selesa dengan cara rundingan yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut yang seperti ingin melengah-lengahkan masa kami supaya kami sahaja yang akan menyewa kereta tersebut. 

Di situ hanya terdapat 2 buah sahaja syarikat sewa kereta dan suami saya nekad untuk cuba berunding dengan syarikat yang lagi satu. Sekeras-keras juga lelaki beruniform itu menghala dengan mengumpan cerita-cerita yang negative terhadap syarikat tersebut. Tetapi Alhamdulillah, syarikat tersebut bersetuju dengan kehendak kami serta turut mengenakan harga yang sangat murah. 

Malangnya kami hanya berpeluang untuk singgah di Air terjun Sipiso-piso selama 10 minit sahaja memandangkan perjalanan dari Ajibata ke Medan yang memakan masa selama 4-6 jam sekiranya mengikut laluan ke Berastagi, tambahan pula kami terpaksa berkongsi sewa kenderaan dengan pelancong dari Poland. Tetapi sekiranya menggunakan jalan yang normal dari Ajibata ke Medan hanya memakan masa lebih kurang 4 jam sahaja. 

  

Kami sampai di Pekan Medan lewat petang dan check in di hotel Grand Sakura. Kami keluar makan malam di stall makanan yang berdekatan dan berhati-hati ketika memilih restoran sebab bila tengok tukang masak macam melayu tetapi ada lambang kepercayaan orang budha. So kene berhati-hati bila memilih restoran bagi yang beragama islam. 

Day 5

Hari ini hari terakhir kami di Medan dan sempat lagi pergi shopping. Suami saya kempunan nak beli buah-buahan kerana tidak berkesempatan untuk singgah di Berastagi beli buah-buahan sebab orang kata Berastagi sama seperti di Cameron Highland. Kami lalu di berastagi tetapi tidak seperti yang dimaklumkan, jauh bezanya dengan Cameron Highland. Mungkin lain orang lain pendapatannya.

Kami sempat pergi shopping di pasar yang disarankan oleh penduduk tempatan (tak ingat plak nama pasar tu) tetapi dekat jek naik beca motor dalam 5,000 rp sahaja. Kami sempat juga try juice avokat yang rupanya juice buah avocado, saya sarankan sila lah try sebagai pengalaman. 


Pada sesiapa yang melancong bersama keluarga dan mencari barangan hantaran juga terdapat di pasar ini, sangat murah. Kami beli seluar jeans dan dinasihatkan supaya cuba dahulu sebelum beli kerana cutting nya yang jauh berbeza dengan cutting Malaysia. Ada juga jenis jeans yang sama, cutting akan jadi berbeza sekiranya saiz berbeza. 

Kemudian kami terus gerak ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan buah tangan yang mcm-mcm la hehehe =)







5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Slm..pn shaidah..nk tnya pndpt pn sikit..rasa bahaya x melancong tanpa supir di medan dn danau toba ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Ye Tuan, sebenarnye kami pergi pun scara backpackers. Kami hanya tempah tmpat penginapan siap2 shj tp ground arrangement smpai sana baru kami cari & deal. Pd sy xperlu guide utk jln2 tp pastikn tuan dh membuat carian serta rancangan perjalanan tuan nk ke mane & seterusnya. Dr medan ke danau toba, anda perlu sewa kereta utk ke lake toba atau jgk bley gune bas, bezanya masa perjalanan & laluan perjalanan jgk berbeza. Supir tu hanya sekadar memandu kereta yg tuan sewa utk perjalanan dr medan ke lake toba, selebihnya tuan boleh sewa motor/kereta utk bawa family jln2.Yg penting, msti buat carian tntg perjalanan tuan spy tidak tertipu.

      Hope pndapat sy membantu;)

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM
    FADLY MEDAN TRANSPORT MENYEDIAKAN PAKEJ TOUR MUSLIM,MURAH,BERBALOI 4D3N 3D2N,BILA NAK GUNA TRANSPORT SAJA PUN BOLEH.transport bersih driver ramah dan mengetahui semua tenpat pelancongan.saya transport persendirian,kontrak hotel dan restouran lebih murah.
    CALL TO WHATSAPP ;+6281376455045
    email;julfadlysiagian@gmail.com
    NO AGENT NO PAYMENT
    TANPA ORANG TENGAH

    ReplyDelete