(kenderaan semenanjung)
Jan 2015 & Oct 2015
PERKHIDMATAN FERI KE PULAU LANGKAWI - KUALA PERLIS
Lawatan kali ini, kami pandu kereta sendiri ke Langkawi serta 2 orang lagi kawan saya. Sebelum itu, saya kongsikan dengan anda serba sedikit apa yang diperlukan sekiranya anda ingin membawa masuk kereta ke Langkawi (untuk kereta pendaftaran semenanjung sahaja).
1) Untuk bawa masuk kenderaan ke Langkawi mesti melalui Jeti Kuala Perlis. Terdapat 2 buah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ini di situ iaitu Langkawi Feri My Roro dan Langkawi Auto Express Sdn Bhd. Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Berikut adalah rujukan waktu semasa perjalanan saya & anda boleh semak harga dan jadual feri terkini di link berikut:
Langkawi Feri My Roro <--- click di sini
01.00 pm Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong
10.00 am DermagaTanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis
Langkawi Auto Express Sdn Bhd <--- click di sini
11.00 am Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong
04.30 pm Dermaga Tanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis
2) Tempahan perlu dibuat melalui online bagi mengelakkan tempat penuh. Dokumen yang diperlukan semasa membuat tempahan ialah:
*Salinan geran kereta*Salinan IC pemandu/pemilik kereta
*Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
3) Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
4) Makan siap siap sebelum menaiki feri atau bawa makanan untuk dimakan di dalam feri semasa perjalanan kerana perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam lebih ke 2 jam. Saya pasti di dalam feri, disediakan ruang tempat duduk yang selesa serta televisyen untuk tontonan ramai.
5) Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
*Mengikut pengalaman kami setelah menggunakan perkhidmatan kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya, kami dimaklumkan sebelum ini bahawa syarikat Auto Express merupakan syarikat baru, maka feri yang digunakan juga baru. Tetapi, hasil pengalaman kami, walaupun feri syarikat My Roro nampak lama tetapi servis syarikat ini amat memuaskan kami & begitu juga sistem tempahan online syarikat ini juga sangat mesra pelanggan. Terdapat insiden yang tidak mesra pelanggan berlaku kepada kami semasa menggunakan perkhidmatan syarikat Auto Express & tidak perlu lah saya bercerita di sini, kami berharap supaya pekerja-pekerja syarikat baru ini janganlah sombong dan beranggapan bahawa penumpang hanya lah menumpang di feri anda untuk hari tersebut sahaja. Ada sebahagian pekerja yang sangat mesra pelanggan dan kami berterima kasih di atas segala bantuan anda. Malangnya bagi pekerja yang tidak tahu menghormati penumpang, beringatlah selalu.
*Mengikut pengalaman kami setelah menggunakan perkhidmatan kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya, kami dimaklumkan sebelum ini bahawa syarikat Auto Express merupakan syarikat baru, maka feri yang digunakan juga baru. Tetapi, hasil pengalaman kami, walaupun feri syarikat My Roro nampak lama tetapi servis syarikat ini amat memuaskan kami & begitu juga sistem tempahan online syarikat ini juga sangat mesra pelanggan. Terdapat insiden yang tidak mesra pelanggan berlaku kepada kami semasa menggunakan perkhidmatan syarikat Auto Express & tidak perlu lah saya bercerita di sini, kami berharap supaya pekerja-pekerja syarikat baru ini janganlah sombong dan beranggapan bahawa penumpang hanya lah menumpang di feri anda untuk hari tersebut sahaja. Ada sebahagian pekerja yang sangat mesra pelanggan dan kami berterima kasih di atas segala bantuan anda. Malangnya bagi pekerja yang tidak tahu menghormati penumpang, beringatlah selalu.
Gambar semasa di atas feri Auto Express..
Sekiranya anda ingin ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Kedah, anda boleh rujuk jadual serta kadar tambang feri nya di sini:
Langkawi Roro
Langkawi Auto Express
Langkawi Roro
Langkawi Auto Express
Selamat mikmatilah perjalanan anda di dalam feri ;)
Akan datang:
Link untuk TEMPAT MAKAN SEDAP DAN MURAH DI LANGKAWI
Link untuk TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
salam bro...nak tanya harga nk bwk masuk kereta tu dh include driver dan penumpang kereta ke? or kena bayar asing?
ReplyDeleteWsalam...
DeleteKalau guna My Roro, harga kereta dh termasuk driver/penumpang & kalah guna Auto Express harga kereta tak termasuk driver/penumpang.Tapi end up nanti,totalnya same shj, beza kat service mereka.
Kalau xnak buat online, tuan bley je call MyRoro tu nanti die akan inform la cara nya.Tapi klu Auto Ekpress mmg kena online booked.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWsalam...
ReplyDeleteKalau guna My Roro, harga kereta dh termasuk driver/penumpang & kalah guna Auto Express harga kereta tak termasuk driver/penumpang.Tapi end up nanti,totalnya same shj, beza kat service mereka.
Kalau xnak buat online, tuan bley je call MyRoro tu nanti die akan inform la cara nya.Tapi klu Auto Ekpress mmg kena online booked.
Salam..bas bleh naik roro nih?
ReplyDeleteWsalam...
DeleteBas xsure plak bley naik roro ke x? Better tuan contact roro terus... ;)
Wsalam...
DeleteBas xsure plak bley naik roro ke x? Better tuan contact roro terus... ;)
salam bos,blh tau prosedur bawa masuk kenderaan sndri ni..kita kena bli tiket & tunggu feri atau ada prosedur lain yg pihak feri ttapkan,mcm kne bawa geran kereta atau lesen memandu..maklumlah belum pnh lg nk drive true langkawi ni.
ReplyDeleteProsedur simple je..pg ke website feri then isi sume detail yg diperlukan, makesure ada copy geran la jgk sbb kena send 1copy geran & IC pemilik kpd pihak feri. Caj yg dikenakan ikut pada jenis kenderaan & cc kenderaan tersebut,caj sume ada dlm websitenye..lg besar cc lg tinggi caj nya hehe..
DeleteCaj kenderaan dh tmasuk dgn pemandu, so just tambah brp org penumpang dewasa n kanak2.Bawa resit booking tu skali bila ke kaunternya utk dptkn pas masuk feri utk kenderaan awak tu.
Bila nak pg ke sana, geran copy bwa standby kut kut pihak kastam nk tgk ke kan masa kluar dr langkawi tp so far kastam xda la minta. Dont worry klu bermalam di langkawi, bila keluar xperlu kena cukai apa2 tp pastikan kena bermalam la di langkawi.klux mmg kena cukai.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSy bik kereta sewa sblum g langkawi...nak bwak naik feri kena geran ke...bleh ke kita mintak geran kt org y sy sewa keta tu
ReplyDeleteSy bik kereta sewa sblum g langkawi...nak bwak naik feri kena geran ke...bleh ke kita mintak geran kt org y sy sewa keta tu
ReplyDeleteYes, awak perlukan copy geran semasa urusan dgn feri serta imegresyen. Boleh minta dr pihak penyewa rsanye tu.
DeleteYes, awak perlukan copy geran semasa urusan dgn feri serta imegresyen. Boleh minta dr pihak penyewa rsanye tu.
Deleteterima kasih perkongsian, dah boleh buat persiapan ni...
ReplyDeleteHahaha..apa lagi..selamat bercuti ke langkawi la ye..kot kot ada new update, bley la share ;)
DeleteDah klik kat jadual harga tu kenapa xboleh view ye?? Boleh bgtahu x harga berapa?
ReplyDeleteBoleh refer harga di sini..
Deletehttp://www.langkawiauto.com/content/display/article/site:langkawiauto-param:booking_fare-link:6177
http://www.langkawiroro.com/fare.html
Saya nak ke langkawi november nanti. Boleh saya tau pada pandangan puan syarikat mana lebih ok? Roro atau Langkawi Auto? Ada yang komen feri Roro tu pack sangat kereta yang dia bawa. Tapi saya tengok schedule Langkawi Auto tak banyak pilihan masa berlepas berbanding Roro yang boleh kata setiap jam ada ke Langkawi. Mohon bantuan pendapat...
ReplyDeleteSemasa bulan Nov klu xsilap musim cuti sekolah kan?? Melalui pengalaman saya, saya memang sarankan penggunaan Roro kerana mereka sudah lama beroperasi dan proses dokument & website teratur, sgt mesra pelanggan. Manakala Auto syarikat yang baru beroperasi & sy dapati proses mereka tidak semudah Roro.
DeleteUtk pandangan yg mengatakan kereta terlalu padat tu, pada saya 2-2 syarikat sama shj tambahan pd musim cuti sekolah. Cuma bezanya jadual perjalanan tu, syarikat Auto yang paling sesuai kerana jadual perjalanan Roro dr langkawi ke semenanjung seawal pagi & selewat ptg, tidak spt Auto. Selain itu jgk, apa yg sy dgr lg tntg kuasa enjin yg digunakan oleh feri2 tersebut ialah Roro lebih baik drp Auto kerana masa perjalanannya yg lebih cepat berbanding Auto.
Sekiranya puan tidak kesah tntg waktu perjalanan feri tu, sy cadangkan puan cuba gunakan Roro sbb mudah utk puan proses booking tu nanti. Tetapi klu puan nak cuba guna Auto pn boleh jgk, tidak ada masalah.
Actually 2-2 syarikat sama shj tp sy lebih menilai customer service syarikat tersebut & saya memang prefer lg Roro =)
assalam....nak tny...klu pegi langkawi masa musim cuti sek...mane lg berbaloi..bawak masuk keta sendiri ke atau sewa kat sane je..sbb dgr2 harga sewa keta time cuti sek jd lain..agak2 ape pendpt sis yg dh pegi...plannye nk p dec ni..
ReplyDeleteWsalam...betul sis, time cuti sekolah harga sewa kereta mmg ada mahal skit sbb peak season tp sbenarnye ada je penyewa2 yg masih kekalkn hrga, cuma kena book cepat sbb selalunya fully booked.
DeleteOk, utk bwa masuk kereta..klu sis plan nk stay sana lebih drp 3 malam, then sy sarankan sis bawa msuk kereta sendiri tp klu kurg drp 3mlm better sewa kereta kt pulau shj sbb nya kos tu.
tq sis....
ReplyDeletesalam puan nk tnye la ckit caj yg di kenakan tu termasuk pergi dan balik ke searah sahaja?
ReplyDeleteWsalam...boleh pilih utk sehala or 2hala.
DeleteTapi harga biasanya lg murah lah klu ambik 2hala terus, andai kta xsure tarikh blek, boleh je contact kaunter maklumkan kpd pihak feri.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletessalam sis, saya rancang untuk pergi 30hb nov ni.. bila masa sesuai untuk tempah ye.
ReplyDeleteWsalam...utk tempoh booking tu sebaik2nya awal la, mgkin seminggu awal sbb proses utk nak submit supporting doc + nak dpt comfirmation booking kite tu ambik masa jgk tp selalunya xda la lama pn, hri ni book insyallah esok or lusa dh dpt respond la..
DeleteNak on the spot pn bley tp tu bergantung kpd kekosongan. APa2 pn, better call dlu syarikat feri & tnye utk kekosong or kdg bley book melalui telefon je tp klu xsilap syarikat roro, klu yg auto rsanye mmg kena follow prosedur & diorg respond ada ambik masa skit... ;)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum ..bole x nyatakan harga utk roro express brapa pergi balik utk knderaan 1500cc ke bawah ..sbb sye x dpt hrga sbenar..,time kasih..
ReplyDeleteassalamualaikum ..bole x nyatakan harga utk roro express brapa pergi balik utk knderaan 1500cc ke bawah ..sbb sye x dpt hrga sbenar..,time kasih..
ReplyDeleteBoleh refer harga di sini..
Deletehttp://www.langkawiauto.com/content/display/article/site:langkawiauto-param:booking_fare-link:6177
http://www.langkawiroro.com/fare.html
Cuba masukkn ikut detail yg diminta, mgkin baru keluar senarai harga utk setiap cc kenderaan. ;)
Salam.nk tnya.klu pergi 2mlm.elok xyah bw kereta masuk yer.lpstu nk parking mana ye kereta kt k.kedah tu.ade caj x parking.tq atas respon
ReplyDeleteWsalam..maaf lambat respond, sy pun sedang bercuti time ni hihi...
DeleteOk, kalau pergi 2mlm shj sy suggest xpyh bawa kereta masuk sbb pengiraan kos tu tinggi. Ada tmpat parking kereta kt area jeti tu. Masa sy pergi 1st time dulu, sy park kt belah belakang kontena tiket kaunter feri tu, sebelah masjid kalau xsilap. caj nye tak brp ingt pulak brp rm.
Mungkin tuan boleh jgk tnye2 kt kaunter nk park kereta kt mne & kalau boleh biar lah tempat parking yg berbayar drp yg free space parking tggal mcm tu je, takut keselamatan kereta tak terjamin. =)
Penumpang kereta duduk dalam kereta naik ferri sekali atau pemandu sahaja yang memandu kereta naik ferri?
ReplyDeleteHi Seng Lee, penumpang akan naik sekali dalam feri yang sama. It's depend sama ada you nak duduk dalam kereta boleh OR nak minggle around dalam feri pn boleh. Ada ruangan untuk penumpang yang beraircond & ada TV if you tak nak duduk dalam kereta. =)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalm nk tnye klau bwk moto ke langkwi pn kene bwk salinan ic dn geran ?
ReplyDeleteMaaf bertnye sebab nk kan kepastian .Sebb nk konvoi ke langkawi .tu yg tnye nk kene bwk salinan ic dn jgk geran ke?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yg banyak memberi maklumat .... cuma sekarang ni pantai cenang dalam proses naik taraf ... boleh bagi cadangan penginapan yg ok
ReplyDeleteAre you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
ReplyDeleteYour Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com
Nutra Mini - To be certain, I did feel as if I might discover Weight Loss. It's the perfect timing for most enthusiasts. We'll just savor the moment. The ability to do that with Insta Keto Weight Loss is underrated. You might discover that you enjoy writing a couple of things as to Weight Loss. Weight Loss is a popular name in the world of Weight Loss. How did that all begin? I was sick this week.
ReplyDeleteProstate 911
Keto Bodytone
Control X Keto
Slim Fast Keto Boost
Solli Pantip
Insta Keto Diet
We said only the truth. They had an acclaimed collection of Gadgets. Create a Ecommerce vision. I'm certain I would attempt it. I've got several excellent reasons. I've changed my stance a little since then.
ReplyDeleteAOL support number
powervolt energy saver
I could have Tech Products because you feel that plain old people will look at you more. Wanderers are surrounded by a lot of things that have no meaning. This wasn't rather important to the entire Gadgets plan. A person this has Gadgets needs to take heed as to what solution is best for them.
ReplyDeletePowerPro Energy Saver
Mosquitron
Buzz B Gone